Friday 15 July 2011

Vitamin B dan C (larut air)

VITAMIN B DAN C (LARUT AIR)
         VITAMIN B

vitamin B mempunyai beberapa series, iaitu vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), asam nikotinat (Niacin), vitamin B5 ( asam pantotenat), Vitamin B6 (pyridoxine, vitamin B8 (biotin). Vitamin B12 (kobalamin),  Folasin (Folat). B-kompleks bermaksud semua series tersebut ada dalam satu sumber. antara contohnya ialah kuning telur yang separa masak, bagus untuk pertumbuhan otak. 

1.1          vitamin B1
Vitamin B1 atau Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demikian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan. 
Vitamin B1 boleh diperolehi daripada gandum atau hasil gandum, kacang pis, kacang, tepung yang diperkayakan, ikan, kacang tanah, dan daging adalah sumber-sumber yang kaya dengan   vitamin B1.
Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
-           Kegelisahan, gangguan tidur.
-           Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit,
-           bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki,
-          kesakitan dan kegagalan jantung.
-           Sakit pada bahagian abdomen.
-           Sembelit
-           Gangguan mental atau emosi.

 

1.2          vitamin B2

Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan katarak. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protein. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6. 
Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh membantut fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2. 
Kandungan tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju, putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam, biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk  asparagus, avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air. 

kekurangan vitamin B2 menyebabkan:
-          keletihan, lemah badan
-          bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan tepi mulut
-          lemah daya penglihatan, photophobia
-          kulit gatal, pening, rambut gugur dan insomnia
-          lemah daya penghadaman, membantut pembesaran,
-          lembap dalam tidak balas mental.
 

1.3          vitamin B3
Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia  dan ia juga sebagai menambah ingatan.

Niacin dan niacinamide didapati daripada hati lembu, ragi yang ditapai, kobis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma,  telur, fish, susu, kacang tanah, ubi kentang,  tomato, gandum, dan hasil gandum. 
Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Pellegra,sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.
 

1.4          vitamin B5

Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress",  pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.  Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan  penting yang terlibat dalam  kebanyakkan fungsi metabolisma.  Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).  

Makanan berikut mengandungi pantothenic Acid : daging lembu beef, ragi yang ditapai, telor, sayuran segar, buah pinggang, hati, kulat, kacang, royal jelly, ikan air masin, torula ragi, tepung dibuat dari rair, dan gandum.
KESAN KEKURANGAN:
-          Keletihan, lemah badan
-          sakit kepala
-          loya, muntah
-          lemah daya tahan kpd jangkitan salur pernafasan
-          kebas dan sesamut pada kaki
-          kajang otot


1.5          vitamin B6
 Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses merungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.  Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA   dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular.
Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti.
Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi amaun yang tertinggi : ragi yang ditapai, lobak merah, ayam , telur, ikan, daging, kacang pis, bayam, biji bunga matahari dan walnuts. Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kobis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempee. 

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Kegelisahan.
-          Depressi ( rasa tertekan).
-          Penyakit kulit.
-          Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
-          Anemia.
-          Sawan, pada bayi.


1.6          vitamin B8
Biotin juga memelihara agar kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot. 
Biotin diperolehi daripada ragi yang ditapai, telor putih yang dimasak, daging, susu, ternakan ayam dan itik, ikan air masin, kacang soya, dan biji-bijian.
Kekurangan Biotin boleh menyebabkan :
-          Keletihan dan lemah badan.
-          Kurang selera makan.
-          Rambut gugur.
-          Bengkak lidah
-          Ruam kulit (eczema).
-          Gangguan emosi.


1.7          VITAMIN B12
Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran.
Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. 
Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman.
Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.
Vitamin B12 is didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan , susu dan hasilnya , telur, daging , dan ayam/itik .
Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians.
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Megaloblastic anaemia.
-          Sakit mulut dan lidah.
-          Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang.
-          Gangguan mental dan emosi.

VITAMIN C
2.1          FUNGSI
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
 Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. 
 Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.
Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis".
Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar

2.2          SUMBER
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing.
Sumber Vitamin C yang baik adalah :
-          Jambu batu
-          Betik
-          Belimbing
-          Mangga
-          Buah Sitrus (Limau)
-          Sayuran berdaun hijau
Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 


2.4          KESAN KEKURANGAN

-          Kurang daya tahan; Sakit-sakit dan sengal badan.
-          Hidung berdarah.
-          Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
-          Anemia

No comments:

Post a Comment