Saturday 2 March 2013

telur cendawan (resipi org bujang)

tip kali ni untuk suri rumah bila kunjung hujung bulan....

di sebabkan telur merupakan protein yang murah, mudah di dapati dan senang proses masak dan penyimpanannya...

Bahan-bahan:

4 biji telur ( goreng nipis, potong dadu @ hiris nipis) 
5 keping cendawan hitam kering (rendam / hiris nipis) 

1sudu sos tiram
4-5  lada hitam (tumbuk)

1biji bawang 
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang kuning (besar)

cara2:

1. tumis bawang
2. masukan sos tiram dan lada hitam
3. masukan cendawan hitan
4. masukan telur yang telah di potong.
5. bagi perisa...

siap di hidangkan... 

jimat bayak untuk satu hidangan protein....


 
 sebab nak cepat potong telur guna sudip jer kat kuali... klu nak cantik potonglah cantik2... boleh hias dgn lada besar. atau lada bengala... tp sebab dah lapar yg xpenting xpayah masuk.... ingat nanti nak try masuk mee soon dengan rempah ratus yg len...



Wednesday 20 February 2013

resipi tausa



Selalunya xramai yang tau kuih ni nama dia tausa.... org cina selalu jak buat bentuk bulat2... tp disebabkan nak bentuk bulat tu leceh hamba buat bentuk yg pelik2 cket....



tausa inti kacang hitam 


inti pandan

inti teratai (lotus)



RESIPI


Bahan A

250g tepung gandum
110 air sejuk (btol2 sejuk)
80g minyak@marjerin dicairkan
1/2 tbs gula kastor (larutkan dalam air sejuk diatas)

Bahan B

180g tepung biasa
120g lemak sayur
1/2 tsp garam


resipi ni sy dapat dari Pn Azizah jiran dengan Pn Norbaiyah makcik
setelah 3 kali buat xjadi2, (keras)
maka sy gabungkan resipi menjadilah seperti resipi di atas, konfem sedap...

proses adun:

adun bahan A sekali, masuk semua serentak baru adun sampy semua cinta bersatu.

bagitu jugak bahan B adun sekali...

cara lapiskan dia:

ambil adunan A canai  xpayah nipis betul,
ambil adunan B, canai atas adunan A. TAKPAYAH GUNA KAYU ROL PAKAI TANGAN POM BOLEH...
klu nk guna gelas plastik bikin roll pom boleh lah diterima jugak..... (mak aku bt mcm tu)

maka satukanlah mereka, canai sampai nipis,
lipat kemudian canai lagi, sehingga  nipis.
kemudian gulungkan lapisan yg dicanai,
prses mencanai mungkin blh berlaku lebbih dari 5 kali untuk menghasilkan lapisan pada pastri...




                                 kemudian bakarlah roti terssebut, selama 2o minit suhu 150,.... sapu kuning telur dulu            
                                           atas dia.... (kuning telur ya.... putih xboleh) klu nak cantik sikit
                                                 boleh letak pewarna kuning telur dalam itu telur kuning.....
                                                              boleh la sdh itu,,,,













Sunday 17 February 2013

SEKIAN LAMA

Blog hari ini mengisahkan pasal perjalanan yg panjang setelah hanpir setahun lebih tak jeguk blog ini...




                                                                 BBQ AIR IKAN AIR TAWAR....




                                                             IKLAN MEGGI




                                                   
                                                            PARA CHEFFFFF








kelmarin BBQ dgn kazen2 aktiviti sepanjang cuti semt para U menyebabkan hidup aku hapy sikit, kazen aku yg suka melepak sjak zaman pak kadok plg kekampung, bertambah meriahlah kg damaran ini....

menu macam biasa tapi yg paling best makan megi tomyam dengan megi kari ramai2...
xperna dbuat org...... atas kemalasan sy nak goreng mee macam selalu2....

disini sy belajar mghargai (masa dan peluang)  betapa seronoknya di samping keluarga....

kadang2 wlu berpangkat besar, berkereta besar, berrumah besar belum tentu berpeluang menikmati keseronokan semua ini.....

kerana aku merasa mereka memerlukan kita bukan kerana apa yg kita ada, tapi dengan adanya kita disamping mereka.....


Sunday 20 November 2011

just memories in 20112011

Tak tahu resipi apa hari nie nak tulis,
Tapi sengaja nak ambil tarikh yang cantik ni,

mak sy suka masak nasi goreng setiap pagi,
walau hari2 makan tetap rasa sedap,

tak tahulah kenapa....

bahan2 dia pom simple saja,

nasi, garam, ajinamoto, cili padi....
4bahan nie jak pom sudah cukup 
sedap.....

sejak saya tingkatan 1 sampylah sekarang,
mak sy mesti akan buat nasi goreng,

mungkin rasa kasih sayang yg lebih 
menyebabkan nasi itu sedap....

thanks my mom...

walaupom xbyk benda yang mak sy pandy masak,
tapi bila masak mesti sentiasa sedap,
event ikan rebus, dan ikan goreng....

ayam dan daging memang jarang sekali
kita orang masak....

tapi sambal ikan macam wajib ada....

ikan masak ampap...
sup ikan,.....
memang itu jak masakan rumah kami.....

mak sy pentingkan kesihatan kot,..... 

Monday 14 November 2011

cerita di kedai kopi

yuhhhh!
lama sangat xberblog sdh...

hari nie hari paling nikmat, dapat tidor siang yang lama....
dah lama xrasa memanjakan diri...
tumpang keta abang p kk dari membakut, ada exam lusa....
diet aku pom mmg rosak kat kg,
asyik makan mangga dan mknn berminyak....

awal2 subuh p pasar ikan,
xsangka sesibuk itu seawal pagi jam 6...
apa aku nak ceta ialah 'kes aku yang bengong'

disebabkan jarang p pasar, pelbagai kerenah aku jumpa pagi nie,
dapat jugaklah ilmu macamna nak siang ikan yang besar,

tengah2 cari popiah kat pasar pilipin, aku tersesat kat area
"daging merah berkulit tebal putih"
sy pun pelik kenapa semua orang p tengok sy yang pakai tudung ni masuk kat dalam tu...

last2 sia yang tersipu malu...

kat sini aku nak bagi tip cara beli kulit popiah yang bagus:


xsemua kulit popiah senang nak guna time nak buat serunding popiah...
sll dalam satu kotak ada 10 pek, xsemua 10pek tu melekat bila sapu telur.


so cara yang terbaik nak pilih kulit popiah,


1- cari kulit popiah yang xpecah
2-klu pegang agak lembut
3-semua kulit popiah agak termampat
4-kalau nampak ada ruang2 antara lapisan2, mmg susah nak gulung,

tapi, xsemua tokeh2 bagi yang kat pasar tu bagi kita pilih, time sy pilih tadi pom tu tokeh xnk jual sama sy...
'dalam hati sia mok jak cakap dia ni mcm2, orang nak beli pom dia xnak jual'


dia ckp, 'klu pilih tidak boleh ooooh! klu mok beli, ambil jak satu kotak, semua sama saja ohhh!"


kurang seposen pom kedekut....


tapi permasalahannya kenapa juga sy nak beli kat pasar pilipin tu?


popiah sana harga kilang,
sll beli kat kedai atau supermaket "RM4.20-RM4.70"
tapi beli sana "RM3.70 klu beli 1 kotak"
dan "RM3.80 klu beli kurang dr 1 kotak"


sll abang sy yg beli, tp td time kat pasar sakit perut jak keja dia...
btw, mmg rasa teruja hari nie, dapat p pasar ikan untuk pertama sekali.....


balik jer kat rumah kakak, terus tidor hampir 3jam..

Monday 3 October 2011

BUAH DELIMA DAN PERUBATAN ISLAM


SALAM,

WAH DAH LAMA X POST ANYTHING.
SO HARI NI TIBA2 DAH TERBUKA BLOG NI,
NAK SHARE SIKIT PASAL KHASIAT BUAH DELIMA..


INGAT YER BUAH NI ADA DI SEBUT DALAM AL-QURAN.
BUAH NI RASA MEMANG SEDAP (MANIS, AND ADA SIKITTT JER RASA PAHIT2).
NAH APABILA PAHIT TU MESTI DIKAITKAN DENGAN UBATKAN...


HARI NIE BUKAN CERITA RESIPI MASAKAN BUAH DELIMA TAPI RESIPI CARA NAK BERUBAT GUNA BUAH DELIMA.... 
HEHEHEH BUKAN NAK JADI TOK BOMOH TAPI SAJA NAK KONGSI PERUBATAN CARA ISLAM MENGUNAKAN SUMBER BUMI YANG DIPANGIL BUAH DELIMA INI..


SEBELOM TU KENALAH TAHU BUAH DELIMA NI NAK GUNA UNTUK PENYAKIT APA?


1).SENGUGUT (aduh sakitnya sampai ketulang)
2). KESUBURAN ( haid xteratur)
3).PENYAKIT USUS
4). BENDA-BENDA YG MENUMPANG (batu karang/atau sgala batu)


resipinya:


1). klu untuk penyakit kesuburan dan juga sengugut ambillah buah delima yang masih cantik kelopaknya, bacalah al-fatiha dan surah al-toriq ayat-4. lalu makanlah buah delima itu, warna merah kecil2.... sambil yakin Allah akan menyembuhkan kita.


2). -klu untuk penyakit usus dan benda-benda yang menumpang ni agak susah sikit. pertama sekali cari sebiji buah delima yang masih cantik kelopaknya, 
-ambil kulit bahagian dalam yang berwarna putih, i mean (yang kelopak2 macam lebah tu) 
-maka rebus dengan 7gelas air 
-minum 1 gelas 1 hari selama seminggu.
-sebelom minum dan rebus tu bacalah surah AN-NAM -141 & AR-RAHMAN-68


saya memang peminat buah delima....malangnya susah nak jumpa


INSYAALLAH, DISEMBUHKAN ALLAH DENGAN USAHA KITA TERSEBUT.
-TAWAKALLAH KEPADANYA.




KHASIAT LAIN YANG AKU COPY PASTE DR BLOG ORANG:


Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

Monday 26 September 2011

makanan dan kalsium

Apabila cakap pasal kalsium pasti saja anda terfikir Tulang lalu terbayang susu, itulah kesinambungan diantaranya. tp selain tulang kalsium juga penting untuk Gigi, Proses pembekuan darah,Sistem metabolisme tingkat sel,dan sistem perkembangan saraf


syukurlah kepada mereka yang perutnya boleh menerima sumber tenusu.
tapi ada antara kita yang tidak cukup bertuah memperolehi sumber kalsium melalui susu. tapi jangan bersedih ada beberapa sumber lain yang telah disediakan untuk anda.


jangan ambil mudah dengan sumber kalsium ini yer.... 
ini kerana, pernah anda tengok orang tua yang bongkok seperti melakukan ruku"
klu sebab memang nak sentiasa ruku" kepada pencipta xkisah. tapi disababkan tulang belakang sudah rapuh dan membengkok. itulah hakikat tua, masing2 ada takdir tp kita mampu mengubahnya sebelom sampai waktunya.


jangan tunggu tua, sekarang ni umur 30an sudah ada yang sll sakit tulang belakang....

kenali sumber kalsium:


1). susu
2). keju (cheese cake/yogurt/icecream/butter/mozzerella)
3). sayuran hijau (eg-brokoli/sawi/bayam)
4).kacang-kacang (kacang hijau)


so jadilah penguna bijak kalau ingin membeli makanan untuk anak2 anda. kalau nak beli makanan sampingan kat anak2 dipasaraya, pilihlah yang sewajarnya, jangan pilih makanan yang merepek-repek yang banyak pewarna (menyebabkan anak hiperactive) dan MSG (kecenderungan untuk terus makan~masalah obes).

penting:

perbanyakan juga vitamin D sewaktu mengambil kalsium, ini membantu penyerapan kalsium lebih tinggi. satu hari kita memerlukan 1000mg kalsium bersamaan 1 gelas susu. tapi bukan semua sumber kalsium ini akan diserap tubuh. mungkin half daripadanya. maka dengan turut mengambil vitamin D, ini dapat meningkatkan penyerapan kalsium.


berhati-hati:


jika anda mengamalkan diet high protien (daging/telur/ikan) pastikan anda turut meningkatkan pengambilan kalsium. kerana untuk pemecahan molekul protein anda perlukan sumber kalsium. jika paras kalsium kurang dalam darah maka kalsium pada tulang akan di gunakan. 

elakan juga pengambilan kopi (keffein)secara berterusan dan berlebihan. ini menghalang penyerapan kalsium terus kepada tulang. cara terbaik tambahkan susu (bukan creamer) kedalam kopi.


RESIPI MUDAH DAN BERKHASIAT:


mungkin selalu jak anda buat, tp xtau khasiatnya atau mungkin ada yang terlepas pandang tentang kepentingan breakfes tapi inilah yang sebaiknya sebagai pembuka metabolism pada pagi hari.  pastikan anda tidak skip breakfes setiap hari. 

jika anda breakfes tidak teratur metabolism dan energi anda juga akan up-down.

bahan-bahan:

1).  2biji telur direbus separuh masak ( multivitamin)
kuning telur (sesuai kepada mereka yg ingin menurunkan berat badan)
boleh letak bawang merah (alkaline kerana telur bersifat acidic)
letak lada sulah (white pepper juga turut meningkatkan metabolisma)
boleh letak kicap sebagai perisa.


2). carrot dan susu.
jika anda tidak boleh minum susu segar secara direct, ambillah susu segar tersebut dan blend bersama carrot atau apa saja buah yang boleh membantu anda menghilangkan rasa susu. boleh letak serbuk coklat....


maka hidangkanlah  sepotong roti. boleh tambah kacang yang kat tin tu.
nah sekarang anda sudah cukup kalsium, protein dan juga karbohidrat.


sekian.....