Friday 15 July 2011

vitamin A,D,E,K (Larut Lemak)


VITAMIN A,D,E,K (LARUT LEMAK)

 VITAMIN A

1.1          FUNGSI
                Vitamin A adalah salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif. Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang sihat. Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salur kencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya. Vitamin ini bersifat mudah rosak jika terdedah panas, cahaya matahari, dan udara.

1.2          SUMBER
Vitamin A selalunya boleh diperolehi daripada telur, susu, dan hati. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak. Kebanyakan susu-susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A. Sumber makanan yang banyak mengandung vitamin A, antara lain susu, ikan, sayur-sayuran (terutama yang berwarna hijau dan kuning- seperti, bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit), dan juga buah-buahan (terutama yang berwarna merah dan kuning, seperti cabai merah, wortel, pisang, dan papaya, labu, mangga).
Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan yang membekalkan vitamin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam hati akan membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana pengambilan vitamin tersebut adalah rendah.

1.3          KESAN KEKURANGAN
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering bersisik dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta. selain itu, menyebabkan batu karang (ginjal).

1.4          KESAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN
Di sebabkan vitamin larut lemak, ianya di simpan dalam badan sekiranya supliment berlebihan ia membawa kepada keracunan makanan dan kerosakan hati. tanda besar kerosakan hati ialah mata dan kulit berwaran kuning kerana hati gagal merembes jus hempedu untuk proses penghuraian.


VITAMIN D

2.1          FUNGSI
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus.
Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung.
 Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk  vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5.
Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

2.2          SUMBER
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran .
 Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. 

2.3          KESAN KEKURANGAN
-          Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
-          Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, -terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).

VITAMIN E
3.1          FUNGSI
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
 Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
 Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

3.2          SUMBER
Vitamin E didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.
 Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

3.3          KESAN KEKURANGAN
-          Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
-          Penuaan kulit sebelum masa.
-          Rambut gugur
-          Anemia.

 VITAMIN K
4.1          FUNGSI
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah.
Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.
Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat.
 Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.
Terdapat tiga bentuk vitamin K:
-          vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan
-          vitamin K2, keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus
-          vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik. 

4.2          SUMBER
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt.
Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik" yang terdapat dalam usus.

4.3          KESAN KEKURANGAN
-          Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.

3 comments:

  1. This blog is useful. ADEK vitamins helps me a lot to cure me from anemia and severe chronic pain. While taking the supplement i have no health hazards. Thanks for sharing the blog!

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus untuk tambah pengetahuan, thanks kerana sharing ilmu. ��

    ReplyDelete