Showing posts with label info nutrition. Show all posts
Showing posts with label info nutrition. Show all posts

Friday, 15 July 2011

iodin

IODIN
Kepentingan
  1. Membantu dalam pengawalan metabolisma dan pembentukan janin.
Kekurangan
  1. Pembesaran kelenjar tairoid (goiter)
  2. Sumber
  3. Makanan laut
  4. Garam beriodin
Keracunan
  1. Sensasi panas dalam mulut, tekak dan perut
  2. Sakit perut
  3. Demam
  4. Loya
  5. Muntah
  6. Cirit Birit
  7. Hypotyroidism
Goiter

zink

ZINK
Kepentingan
  1. Pengangkutan untuk Vitamin A,
  2. Deria rasa,
  3. Penyembuhan luka,
  4. Produksi sperma,
  5. Perkembangan bayi,
  6. Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein.
Kekurangan
  1. Kurang selera makan,
  2. Tumbesaran kanak-kanak terbantut,
  3. Kelembapan perbentukan organ seks,
  4. Penurunan fungsi imuniti,
  5. Lambat penyembuhan luka.
Sumber
  1. Hati
  2. Daging
  3. Ayam/itik
  4. Makanan laut
  5. Kekacang (OffalsNuts)
  6. Bijiran
  7. Kekacang
  8. Bijiran penuh
Keracunan
  1. Demam,
  2. Muntah,
  3. Cirit birit,
  4. Gastrik
  5. Pening

zat besi

4.0          ZAT BESI
Zat besi adalah garam galian yang diperlikan dengan sedikit tetapi sangat penting untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan. Kebanyakan daripada zat besi dalam tubuh manusia terdapat di sel darah merah-hemoglobin
4.1          fungsi
Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga  50 mgs per kilogram berat badan.
Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu.
 Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan.
 Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin
Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. 
4.2          sumber
Sumber terbaik zat besi berasaska makanan ialah hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan.
4.3          kesan kekurangan
-          Keletihan, lemah badan.
-          cepat marah
-          Berdebar, sakit dada.
-          Kesukaran bernafas.
-          Anemia.
4.4          kesan berlebihan
Zat besi yang berlebihan pula menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan mengakibatkan kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing manis.

potassium

cc

3.0          POTASSIUM
3.1          fungsi
Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.
Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. 
Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

3.2          sumber
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan.
Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah
-          pisang,
-           limau, jus limau,
-          anggur, jus anggur,
-          tembikai, 
-          prun,
-          peach, pear,
-          avocado.
Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah
-           mentimun,
-          ubi kentang.
-          kobis,
-           kacang, kacang peas
-           tomato. 
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.
3.4          kesan berlebihan
Pengambilan potasium/sodium menyebabkan gangguan yang serius kepada rentak denyutan jantung dan merosakkan saraf/buah pinggang.

3.3          kesan kekurangan
-          Keletihan, lemah badan.
-          Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
-          Kulit kering, tekanan darah rendah.
-          Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.

kalsium

KALSIUM
2.1          fungsi
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi.
 Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat.
Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot.
 Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis.
2.2          sumber
-              Kebanyakkan kalsium berasaskan bahan tenusu.
-              Susu dan produk tenusu,
-              Ikan (Bertulang),
-              Tofu,
-              Kekacang,
-              Brokoli
-              Bayam
-              Cekur manis

2.3          kesan kekurangan
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan :
-          Kejang otot pada muka , tangan dan kaki.
-          Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur.
-          Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa (tulang lembut).
paling ketara apabila kekurangan kalsium ialah ketinggian tidak mencukupi. hahahhahha…
kisah benar yer, sejak kecil saya banyak minum kopi berbanding susu. dan mengikut bacaan kopi yang mengandungi kafien dapat menghalang kalsium daripada diserap kedalam tulang. akhirnya menjadi terkenallah saya dengan ketinggian yang tidak mencukupi. kalau perimpunan mingguan konpem2 paling depan, cant to escape.

2.4          kesan berlebihan
Berlebihan dalam pengambilan kalsium boleh mengurangkan amaun penyerapan zat besi dan zink dan menyebabkan sembelit dan loya. Risiko terjadinya palpitasi adalah tinggi dan simpanan kalsium yang banyak pada buah pinggang boleh menyababkan batu karang dan merosakkan buah pinggang.

asid folik


ASID FOLIK
1.1          fungsi
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah.
Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.
Oleh kerana ia berfungsi sebagai  ko-enzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.
 Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.
Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
Folic asid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

1.2          sumber
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oren,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

1.3          kesan kekurangan
-          Sakit disekeliling mulut.
-          Sakit lidah.
-          Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
-          Anemia.

Apakah vitamin



APAKAH DIA VITAMIN?
PENGENALAN
Vitamin boleh di bezakan berdasarkan ketelarutan pada air atau lemak. terdapat 7 jenis vitamin. iaitu A, B, C, D, E, K. Ingat yer hanya vitamin B dan C saja yang larut pada air. yang lain (A,D,E,K) larut dalam lemak.
Bezanya ialah vitamin yang larut lemak akan di simpan di dalam jaringan adipose (lemak) dan di dalam hati. Vitamin ini hanya digunakan apabila badan kekurangan dahan tersebut. Jika tidak diperlukan ia di singkirkan dari badan. (dari beberapa hari – 6 bulan). 
Manakala vitamin yang larut air hanya akan di simpan sedikit, tapi kebiasaannya akan segera hilang bersama-sama aliran makanan. Di mana apabila di cerna ia akan masuk ke dalam salur darah. Jika tidak di perlukan oleh badan ia akan di singkir terus dari badan bersama-sama tinja anda. Oleh sebab itu, vitamin ini di perlukan secara terus-menerus. Maka elakkan makan buah-buahan selepas makan nasi @ mknn berat2. Seeloknya makan buah sebelum makan nasi.
Vitamin E tidak sesuai diambil bersama sumber zat besi (iron) kerana zat besi boleh memusnahkan vitamin E.
Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.


KESAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN

Ramai yang menganggap bahawa vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik. Hakikatnya bahawa apa saja yang diambil berlebihan pastinya akan membawa kesan yang memudaratkan. Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu akan merosakkan badan kita.
Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyababkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.
Vitamin A yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Lemah badan dan pusingan haid tidak menentu adalah gejala biasa namun dalam keadaan yang teruk  boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa. Beta kerotin dalam dos yang tinggi pula boleh menyebabkan kulit bertukar warna oreng kekuningan dan bagi wanita mengandung menyebabkan kecacatan.
Vitamin D yang diambil berlebihan boleh menyebabkan simpanan luar biasa kalsium pada  tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang. Ia juga merencat tumbesaran pada kanak-kanak.

vitamin A,D,E,K (Larut Lemak)


VITAMIN A,D,E,K (LARUT LEMAK)

 VITAMIN A

1.1          FUNGSI
                Vitamin A adalah salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif. Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang sihat. Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salur kencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya. Vitamin ini bersifat mudah rosak jika terdedah panas, cahaya matahari, dan udara.

1.2          SUMBER
Vitamin A selalunya boleh diperolehi daripada telur, susu, dan hati. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak. Kebanyakan susu-susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A. Sumber makanan yang banyak mengandung vitamin A, antara lain susu, ikan, sayur-sayuran (terutama yang berwarna hijau dan kuning- seperti, bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit), dan juga buah-buahan (terutama yang berwarna merah dan kuning, seperti cabai merah, wortel, pisang, dan papaya, labu, mangga).
Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan yang membekalkan vitamin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam hati akan membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana pengambilan vitamin tersebut adalah rendah.

1.3          KESAN KEKURANGAN
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering bersisik dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta. selain itu, menyebabkan batu karang (ginjal).

1.4          KESAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN
Di sebabkan vitamin larut lemak, ianya di simpan dalam badan sekiranya supliment berlebihan ia membawa kepada keracunan makanan dan kerosakan hati. tanda besar kerosakan hati ialah mata dan kulit berwaran kuning kerana hati gagal merembes jus hempedu untuk proses penghuraian.


VITAMIN D

2.1          FUNGSI
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus.
Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung.
 Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk  vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5.
Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

2.2          SUMBER
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran .
 Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. 

2.3          KESAN KEKURANGAN
-          Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
-          Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, -terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).

VITAMIN E
3.1          FUNGSI
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
 Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
 Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

3.2          SUMBER
Vitamin E didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.
 Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

3.3          KESAN KEKURANGAN
-          Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
-          Penuaan kulit sebelum masa.
-          Rambut gugur
-          Anemia.

 VITAMIN K
4.1          FUNGSI
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah.
Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.
Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat.
 Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.
Terdapat tiga bentuk vitamin K:
-          vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan
-          vitamin K2, keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus
-          vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik. 

4.2          SUMBER
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt.
Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik" yang terdapat dalam usus.

4.3          KESAN KEKURANGAN
-          Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.

Vitamin B dan C (larut air)

VITAMIN B DAN C (LARUT AIR)
         VITAMIN B

vitamin B mempunyai beberapa series, iaitu vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), asam nikotinat (Niacin), vitamin B5 ( asam pantotenat), Vitamin B6 (pyridoxine, vitamin B8 (biotin). Vitamin B12 (kobalamin),  Folasin (Folat). B-kompleks bermaksud semua series tersebut ada dalam satu sumber. antara contohnya ialah kuning telur yang separa masak, bagus untuk pertumbuhan otak. 

1.1          vitamin B1
Vitamin B1 atau Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demikian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan. 
Vitamin B1 boleh diperolehi daripada gandum atau hasil gandum, kacang pis, kacang, tepung yang diperkayakan, ikan, kacang tanah, dan daging adalah sumber-sumber yang kaya dengan   vitamin B1.
Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
-           Kegelisahan, gangguan tidur.
-           Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit,
-           bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki,
-          kesakitan dan kegagalan jantung.
-           Sakit pada bahagian abdomen.
-           Sembelit
-           Gangguan mental atau emosi.

 

1.2          vitamin B2

Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan katarak. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protein. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6. 
Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh membantut fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2. 
Kandungan tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju, putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam, biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk  asparagus, avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air. 

kekurangan vitamin B2 menyebabkan:
-          keletihan, lemah badan
-          bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan tepi mulut
-          lemah daya penglihatan, photophobia
-          kulit gatal, pening, rambut gugur dan insomnia
-          lemah daya penghadaman, membantut pembesaran,
-          lembap dalam tidak balas mental.
 

1.3          vitamin B3
Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia  dan ia juga sebagai menambah ingatan.

Niacin dan niacinamide didapati daripada hati lembu, ragi yang ditapai, kobis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma,  telur, fish, susu, kacang tanah, ubi kentang,  tomato, gandum, dan hasil gandum. 
Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Pellegra,sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.
 

1.4          vitamin B5

Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress",  pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.  Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan  penting yang terlibat dalam  kebanyakkan fungsi metabolisma.  Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).  

Makanan berikut mengandungi pantothenic Acid : daging lembu beef, ragi yang ditapai, telor, sayuran segar, buah pinggang, hati, kulat, kacang, royal jelly, ikan air masin, torula ragi, tepung dibuat dari rair, dan gandum.
KESAN KEKURANGAN:
-          Keletihan, lemah badan
-          sakit kepala
-          loya, muntah
-          lemah daya tahan kpd jangkitan salur pernafasan
-          kebas dan sesamut pada kaki
-          kajang otot


1.5          vitamin B6
 Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses merungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.  Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA   dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular.
Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti.
Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi amaun yang tertinggi : ragi yang ditapai, lobak merah, ayam , telur, ikan, daging, kacang pis, bayam, biji bunga matahari dan walnuts. Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kobis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempee. 

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Kegelisahan.
-          Depressi ( rasa tertekan).
-          Penyakit kulit.
-          Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
-          Anemia.
-          Sawan, pada bayi.


1.6          vitamin B8
Biotin juga memelihara agar kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot. 
Biotin diperolehi daripada ragi yang ditapai, telor putih yang dimasak, daging, susu, ternakan ayam dan itik, ikan air masin, kacang soya, dan biji-bijian.
Kekurangan Biotin boleh menyebabkan :
-          Keletihan dan lemah badan.
-          Kurang selera makan.
-          Rambut gugur.
-          Bengkak lidah
-          Ruam kulit (eczema).
-          Gangguan emosi.


1.7          VITAMIN B12
Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran.
Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. 
Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman.
Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.
Vitamin B12 is didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan , susu dan hasilnya , telur, daging , dan ayam/itik .
Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians.
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Megaloblastic anaemia.
-          Sakit mulut dan lidah.
-          Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang.
-          Gangguan mental dan emosi.

VITAMIN C
2.1          FUNGSI
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
 Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. 
 Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.
Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis".
Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar

2.2          SUMBER
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing.
Sumber Vitamin C yang baik adalah :
-          Jambu batu
-          Betik
-          Belimbing
-          Mangga
-          Buah Sitrus (Limau)
-          Sayuran berdaun hijau
Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 


2.4          KESAN KEKURANGAN

-          Kurang daya tahan; Sakit-sakit dan sengal badan.
-          Hidung berdarah.
-          Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
-          Anemia