Monday 3 October 2011

BUAH DELIMA DAN PERUBATAN ISLAM


SALAM,

WAH DAH LAMA X POST ANYTHING.
SO HARI NI TIBA2 DAH TERBUKA BLOG NI,
NAK SHARE SIKIT PASAL KHASIAT BUAH DELIMA..


INGAT YER BUAH NI ADA DI SEBUT DALAM AL-QURAN.
BUAH NI RASA MEMANG SEDAP (MANIS, AND ADA SIKITTT JER RASA PAHIT2).
NAH APABILA PAHIT TU MESTI DIKAITKAN DENGAN UBATKAN...


HARI NIE BUKAN CERITA RESIPI MASAKAN BUAH DELIMA TAPI RESIPI CARA NAK BERUBAT GUNA BUAH DELIMA.... 
HEHEHEH BUKAN NAK JADI TOK BOMOH TAPI SAJA NAK KONGSI PERUBATAN CARA ISLAM MENGUNAKAN SUMBER BUMI YANG DIPANGIL BUAH DELIMA INI..


SEBELOM TU KENALAH TAHU BUAH DELIMA NI NAK GUNA UNTUK PENYAKIT APA?


1).SENGUGUT (aduh sakitnya sampai ketulang)
2). KESUBURAN ( haid xteratur)
3).PENYAKIT USUS
4). BENDA-BENDA YG MENUMPANG (batu karang/atau sgala batu)


resipinya:


1). klu untuk penyakit kesuburan dan juga sengugut ambillah buah delima yang masih cantik kelopaknya, bacalah al-fatiha dan surah al-toriq ayat-4. lalu makanlah buah delima itu, warna merah kecil2.... sambil yakin Allah akan menyembuhkan kita.


2). -klu untuk penyakit usus dan benda-benda yang menumpang ni agak susah sikit. pertama sekali cari sebiji buah delima yang masih cantik kelopaknya, 
-ambil kulit bahagian dalam yang berwarna putih, i mean (yang kelopak2 macam lebah tu) 
-maka rebus dengan 7gelas air 
-minum 1 gelas 1 hari selama seminggu.
-sebelom minum dan rebus tu bacalah surah AN-NAM -141 & AR-RAHMAN-68


saya memang peminat buah delima....malangnya susah nak jumpa


INSYAALLAH, DISEMBUHKAN ALLAH DENGAN USAHA KITA TERSEBUT.
-TAWAKALLAH KEPADANYA.




KHASIAT LAIN YANG AKU COPY PASTE DR BLOG ORANG:


Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.