Showing posts with label MENU SIHAT. Show all posts
Showing posts with label MENU SIHAT. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

telur cendawan (resipi org bujang)

tip kali ni untuk suri rumah bila kunjung hujung bulan....

di sebabkan telur merupakan protein yang murah, mudah di dapati dan senang proses masak dan penyimpanannya...

Bahan-bahan:

4 biji telur ( goreng nipis, potong dadu @ hiris nipis) 
5 keping cendawan hitam kering (rendam / hiris nipis) 

1sudu sos tiram
4-5  lada hitam (tumbuk)

1biji bawang 
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang kuning (besar)

cara2:

1. tumis bawang
2. masukan sos tiram dan lada hitam
3. masukan cendawan hitan
4. masukan telur yang telah di potong.
5. bagi perisa...

siap di hidangkan... 

jimat bayak untuk satu hidangan protein....


 
 sebab nak cepat potong telur guna sudip jer kat kuali... klu nak cantik potonglah cantik2... boleh hias dgn lada besar. atau lada bengala... tp sebab dah lapar yg xpenting xpayah masuk.... ingat nanti nak try masuk mee soon dengan rempah ratus yg len...



Monday, 3 October 2011

BUAH DELIMA DAN PERUBATAN ISLAM


SALAM,

WAH DAH LAMA X POST ANYTHING.
SO HARI NI TIBA2 DAH TERBUKA BLOG NI,
NAK SHARE SIKIT PASAL KHASIAT BUAH DELIMA..


INGAT YER BUAH NI ADA DI SEBUT DALAM AL-QURAN.
BUAH NI RASA MEMANG SEDAP (MANIS, AND ADA SIKITTT JER RASA PAHIT2).
NAH APABILA PAHIT TU MESTI DIKAITKAN DENGAN UBATKAN...


HARI NIE BUKAN CERITA RESIPI MASAKAN BUAH DELIMA TAPI RESIPI CARA NAK BERUBAT GUNA BUAH DELIMA.... 
HEHEHEH BUKAN NAK JADI TOK BOMOH TAPI SAJA NAK KONGSI PERUBATAN CARA ISLAM MENGUNAKAN SUMBER BUMI YANG DIPANGIL BUAH DELIMA INI..


SEBELOM TU KENALAH TAHU BUAH DELIMA NI NAK GUNA UNTUK PENYAKIT APA?


1).SENGUGUT (aduh sakitnya sampai ketulang)
2). KESUBURAN ( haid xteratur)
3).PENYAKIT USUS
4). BENDA-BENDA YG MENUMPANG (batu karang/atau sgala batu)


resipinya:


1). klu untuk penyakit kesuburan dan juga sengugut ambillah buah delima yang masih cantik kelopaknya, bacalah al-fatiha dan surah al-toriq ayat-4. lalu makanlah buah delima itu, warna merah kecil2.... sambil yakin Allah akan menyembuhkan kita.


2). -klu untuk penyakit usus dan benda-benda yang menumpang ni agak susah sikit. pertama sekali cari sebiji buah delima yang masih cantik kelopaknya, 
-ambil kulit bahagian dalam yang berwarna putih, i mean (yang kelopak2 macam lebah tu) 
-maka rebus dengan 7gelas air 
-minum 1 gelas 1 hari selama seminggu.
-sebelom minum dan rebus tu bacalah surah AN-NAM -141 & AR-RAHMAN-68


saya memang peminat buah delima....malangnya susah nak jumpa


INSYAALLAH, DISEMBUHKAN ALLAH DENGAN USAHA KITA TERSEBUT.
-TAWAKALLAH KEPADANYA.




KHASIAT LAIN YANG AKU COPY PASTE DR BLOG ORANG:


Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

Monday, 26 September 2011

makanan dan kalsium

Apabila cakap pasal kalsium pasti saja anda terfikir Tulang lalu terbayang susu, itulah kesinambungan diantaranya. tp selain tulang kalsium juga penting untuk Gigi, Proses pembekuan darah,Sistem metabolisme tingkat sel,dan sistem perkembangan saraf


syukurlah kepada mereka yang perutnya boleh menerima sumber tenusu.
tapi ada antara kita yang tidak cukup bertuah memperolehi sumber kalsium melalui susu. tapi jangan bersedih ada beberapa sumber lain yang telah disediakan untuk anda.


jangan ambil mudah dengan sumber kalsium ini yer.... 
ini kerana, pernah anda tengok orang tua yang bongkok seperti melakukan ruku"
klu sebab memang nak sentiasa ruku" kepada pencipta xkisah. tapi disababkan tulang belakang sudah rapuh dan membengkok. itulah hakikat tua, masing2 ada takdir tp kita mampu mengubahnya sebelom sampai waktunya.


jangan tunggu tua, sekarang ni umur 30an sudah ada yang sll sakit tulang belakang....

kenali sumber kalsium:


1). susu
2). keju (cheese cake/yogurt/icecream/butter/mozzerella)
3). sayuran hijau (eg-brokoli/sawi/bayam)
4).kacang-kacang (kacang hijau)


so jadilah penguna bijak kalau ingin membeli makanan untuk anak2 anda. kalau nak beli makanan sampingan kat anak2 dipasaraya, pilihlah yang sewajarnya, jangan pilih makanan yang merepek-repek yang banyak pewarna (menyebabkan anak hiperactive) dan MSG (kecenderungan untuk terus makan~masalah obes).

penting:

perbanyakan juga vitamin D sewaktu mengambil kalsium, ini membantu penyerapan kalsium lebih tinggi. satu hari kita memerlukan 1000mg kalsium bersamaan 1 gelas susu. tapi bukan semua sumber kalsium ini akan diserap tubuh. mungkin half daripadanya. maka dengan turut mengambil vitamin D, ini dapat meningkatkan penyerapan kalsium.


berhati-hati:


jika anda mengamalkan diet high protien (daging/telur/ikan) pastikan anda turut meningkatkan pengambilan kalsium. kerana untuk pemecahan molekul protein anda perlukan sumber kalsium. jika paras kalsium kurang dalam darah maka kalsium pada tulang akan di gunakan. 

elakan juga pengambilan kopi (keffein)secara berterusan dan berlebihan. ini menghalang penyerapan kalsium terus kepada tulang. cara terbaik tambahkan susu (bukan creamer) kedalam kopi.


RESIPI MUDAH DAN BERKHASIAT:


mungkin selalu jak anda buat, tp xtau khasiatnya atau mungkin ada yang terlepas pandang tentang kepentingan breakfes tapi inilah yang sebaiknya sebagai pembuka metabolism pada pagi hari.  pastikan anda tidak skip breakfes setiap hari. 

jika anda breakfes tidak teratur metabolism dan energi anda juga akan up-down.

bahan-bahan:

1).  2biji telur direbus separuh masak ( multivitamin)
kuning telur (sesuai kepada mereka yg ingin menurunkan berat badan)
boleh letak bawang merah (alkaline kerana telur bersifat acidic)
letak lada sulah (white pepper juga turut meningkatkan metabolisma)
boleh letak kicap sebagai perisa.


2). carrot dan susu.
jika anda tidak boleh minum susu segar secara direct, ambillah susu segar tersebut dan blend bersama carrot atau apa saja buah yang boleh membantu anda menghilangkan rasa susu. boleh letak serbuk coklat....


maka hidangkanlah  sepotong roti. boleh tambah kacang yang kat tin tu.
nah sekarang anda sudah cukup kalsium, protein dan juga karbohidrat.


sekian.....



















Monday, 18 July 2011

egg tofu




EGG TOFU

makanan ini mudah lagi berkhasiat. Resipi ini sesuai bg mereka yang gemar mengambil hidangan yang agak berat ketika breakfast.


Bahan2:

3 paket       egg tofu (dihancurkan guna garfu)
3biji           telur ayam (omega-3)

1sudu        udang kering (dipotong kecil2)

3-5 tgkai    daun bawang (hiris nipis)
1/2 sudu    tepung jagung
secubit      garam
secubit      rempah ratus (ikut suka)

cara2:

1. egg tofu (halal) dilenyek mengunakan garfu klu berair toskan

2. pecahkan telur dalam mangkuk siap2, sebaiknya gunalah telur omega 3.(baik utk otak n kdgn kolestrol)

3. tepung jagung dibancuh dengan air sedikit, bersama garam dan rempah. rempah apa yang ada kat rumah, boleh juga guna serbuk lada hitam atau putih ikut suka, tapi saya suka guna rempah-ratus MAMA LIZA sebab rasa herba tulen.

4. tumiskan udang kering yg siap di basuh dan dipotong guna pisau kecil2...

5. masukan telur tadi bersama tofu (perlahankan api).

6. air bancuhan jugak dimasukan.

7. masukan daun bawang yang telah dihiris.

8. setelah agak kering, bolehlah di angkat dan di hidang.

9. Boleh letak sayur kacang pnjang dihiris nipis atau lobak dipotong halus kalau nak lebih sihat....


cara menghidang:

1. jika hendak makan ketika sarapan, bolehlah dihidang bersama roti buat seperti sandwich. letak sikit tomato atau timun.

2. jika dimakan waktu dinner, bolehlah ikut gaya orang jepun, guna daun salad, bungkus dengan daun salad dan makannnnn.....


fakta nutrition:

berasaskan telur dan kacang soya.

- mengandungi isoflavin yang boleh menghindari dari kanser.
- mengandungi asid amino yang baik untuk otak
- mengandungi vitamin A
- tinggi vitamin D
- jika mengunakan telur omega 3 baik untuk kulit dan juga otak disamping mengurangkan tekanan darah.

- kebaikan makanan ini mudah dicerna (lembut) dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalani tugas harian anda.

fakta kalori:

tofu lembut  300g
carb:     13.6g
lemak:   0.1g
protein:  13.8g
kalori:    110kcal
nisbah:  0.37kcal/g (darab dgn jumlah g yang di ambil)