ada lagi 2 resipi, nasi goreng ala az dan nasi ayam ala az, tapi sayang tingal tu buku resipi disana....
AYAM MASAK KUNYIT ALA AZ (@DAGING)
BAHAN2
1biji BAWANG MERAH
2biji BAWANG PUTIH
agak2 AYAM@DAGING
agak2 BUNGA KUBIS
1biji CARROT
1biji BAWANG BESAR (KUNING)
5biji CILI PADI
sikit MINYAK
sikit AIR
METHOD
1. Potong dadu ayam gaul bersama garam dan kunyit secukupnya
2. Bahan2 lain dipotong cantik2 ikut kreativiti. Share cerita sikit, Bab potong memotong kelemahan saya. Terutama carrot, bawang and cili. Tapi saya rasa semua sayur pun ssh kena ada contoh baru blh potong. Masih ingat lagi my x-hosmet gelak2kan I xpandai potong sayur bendi.huhuhu . Abis cerita.
3. Panaskan ayam bersama air sampai air kering dan ayam empuk, kemudian keluarkan dari kuali.
4. Panaskan minyak dan tumis bawang merah and putih
5. Masukan daging ayam dan goring bersama bawang2 itu sampai agak garing (jgn sampai hanggit sudah)
6. Masuk semua sayur, bawang dan cili- gaul sampai sebati.
7. Taburkan magi cukup rasa- jgn byk2 sgt-agk2 je
8. Gaul lagi, tudung sekejap dalam 1 minit
9. Siap!!!
10. Note: jangan lupa tambah kasih sayang secukupnya.
Resipi yang pernah diberi kepada ku dalam bentuk surat, tapi xpernah pun berkesempatan nak masak sewaktu zaman2 mengenal dapur……..
Pernah dipraktikan sekali saja sewaktu berada di PJ, tapi xdak maggi secukup rasa. mmg sy suka ni masakan, coz satu kali jalan, sayur and protein masak sekali. cukuplah satu hidangan yg complete.
SUP SAYUR ALA AZ
BAHAN-BAHAN
2ULAS BAWANG MERAH (tumbuk)
2ULAS BAWANG PUTIH (tumbuk)
2BIJI CILI API (dibelah-belah)
2SUDU MINYAK (utk menumis)
1PEK SAYUR CAMPUR (jgn lupa cuci)
IKUT SUKA SOTONG/UDANG/FISHBALL (secukupnya)
1KETUL KIUB AYAM/LEMBU
400ml AIR
METHOD
1. Panas minyak dalam kuali- api perlahan
2. Tumis bawang – hingga kuning
3. Masuk sotong-sotongan
4. Kacau 30 saat
5. Masuk air
6. Masuk kiub
7. Besarkan api supaya cepat mendidih
8. Kacau supaya kiub hancur
9. Masukan sayur dan cili
10. Biar mendidih 2 minit
11. Tutup api
bila I baca ni instruction terus I gelak2….. betapa teruknya saya dalam aspek memasak, sampai orang bagi ni resipi bagi instruction sebegini detail step.
SAMBAL KICAP + TOMATO ALA AZ
BAHAN-BAHAN
4biji CILI PADI
Ibijik TOMATO
I bijik BAWANG MERAH
Secukupnya KICAP JALEN LEMAK MANIS
METHOD
1. cili dipotong kecik2
2. tomato potong dadu
3. bawang potong nipis2
4. kemudian masuk semua dalam mangkuk
5. bila nak makan baru letak kicap jalen yang semestinya lemak manis.
for those yang nak cuba pastikan guna kicap jalen, klu bukan kicap jalen mmg xsedap.
saya sdh pernah guna kicap adabi and kipas udang, mmg lain betol rasanyer….
tapi for sabahan setakat Jun 2011 belum ada lagi kicap Jalen di PASAR2RAYA sekitar negeri Sabah, so harap bersabar.
No comments:
Post a Comment