NASI TOMATO
BAHAN A
80g marjerin
24g butter
BAHAN B
5pcs bawang putih
3pcs bawang merah
2cm halia
BAHAN C
1pcs bunga lawang
1pcs buah pelaga
1pcs kayu manis
BAHAN D
½ tin tomato sup
⅓tin tomato puri
BAHAN E
3½ beras
2pcs pandan
5cwn air (÷2)
BAHAN F
sikit kismis
sikit garam
sikit aji
METHODE:
1. Panas bahan A dengan api sederhana
2. Masukan bahan B sampai naik bau
3. Masukan bahan C
4. Masukan bahan D, tomato puri hanya untuk coloring, so agak2 saja, kalau banyak nanti nasi lembik. Masukan separuh sukatan air dan biarkan mengelegak.
5. Sementara itu, beras yang telah di cuci dimasak sekejap di dalam periuk bersama separuh air yang tingal.
6. Apabila bahan tumisan mengelegak masukan kedalam periuk yang berisi beras.
7. Bubuh bahan F mengikut citarasa.
ALTERNATIF,
1. Beberapa tahun lepas saya pernah masak untuk hari raya, sebab kuantiti banyak lupa nak bajet besar periuk. So agak lembik sikit. Kesilapan saya, terus masak kat periuk nasi elektrik so waktu nak masuk beras, xmuat periuk. sikit jer lah masuk beras. Tapi time tu saya just tukar bahan D dengan beberapa biji tomato. Klu untuk sukatan diatas maybe 2-3 biji memadai. Blend saja dengan bahan tumisan macam ada letak lengkuas sikit.
2. Jika tiada butter or marjerin guna saja minyak dalam 100g, agak2 lah mungkin dalam 8-10 sudu.
3. Hidangkan bersama ayam masak merah.
NASI AYAM
BAHAN A
2 sduk minyak+marjerin
BAHAN B
2pcs pandan
2btg serai
2biji bawang merah
4biji bawang putih
2cm halia
BAHAN D
1 ½jug air sup (dalam 500g)
1 ½jug beras (dalam 500g)
½ tin susu cair ( boleh ganti dengan santan dalam 200g)
Method:
1. masuk bahan A dan bahan B sampai naik bau.
2. masukan air sup (air rebusan ayam) sampai mengelegak
3. masukan beras and susu cair.
SOS KICAP
kicap masin
kicap manis
minyak bijan
halia
masak di kuali
SOS CILI
cili merah besar
cili kering
perisa (gula / garam)
blend dan tumis, agak2 lah ikut cita rasa nak pedas mana.
Tak pernah buat, tapi pernah tengok orang buat. Sukatan pun saya agak-agak saja dari apa yang saya perhati. Rasa pun ok-ok saja.
NASI BURUNG PUYU
BAHAN A
1 sduk minyak+marjerin
BAHAN B
2biji bawang merah
3biji bawang putih
bahan C
2btg serai
2pcs bunga lawang
2pcs pelaga
1pcs kayu manis
1sudu bahan rahsia (rempah sup mama liza)
BAHAN D
1jug beras (dalam 400g)
BAHAN E
½ tin susu cair ( boleh ganti dengan santan dalam 200g)
200g jagung peket
1 jug air (dalam 400g)
Method:
1. Tumis bahan B.
2. Masukan bahan C sampai naik bau.
3. Baru masuk beras tunggu sampai agak kering sedikit baru masuk bahan E.
4. Tapi masuk jagung and susu cair dulu.
5. Baru masuk air. Tutup dan biar sampai masak.
Selalu nya hidang dengan burung puyu atau ayam kampung yang digoreng. Bersama kerabu kobis (rujuk previous post ~segala jenis penambah selera~ )+ sos cili+sos kicap.
NASI LEMAK
BAHAN-BAHAN
5 cwn Beras
6 ½ Air
sikit Garam
sikit Gula
2pcs Pandan
2biji Bawang merah
2cm Halia
2bgks Santan packet
METHOD:
1. Basuh beras
2. Masukan semua bahan-bahan kedalam periuk
3. Masak terus. Tapi kalau santan tidak larut dalam air, ambil air dari sukatan untuk melarutkan santan.
4. Jika mengunakan santan cair makesure sukatan air betol. Macam masak nasi biasa.
5. Ada juga orang suka letak bunga lawang and kayu manis. Tapi klu xletak pom ok jer.
Rasa taklah sedap sangat, mungkin xberapa lemak kot. Tapi nasi lemak ni tahan sampai malam, sebab guna santan packet. Klu guna santan kelapa fresh cepat basi.
SAMBAL CILI
BAHAN A
15biji cili kering
1sudu minyak
BAHAN B
sikit udang kering
5biji bawang merah
2cm halia
1btg serai
⅓ biji bawang besar kuning
BAHAN C
2kpg asam gelugor
sikit gula
sikit garam
sikit aji
sikit ikan bilis yang bergoreng
METHOD:
1. Blend bahan A, Jika cili kering yang gred A, letak sikit minyak untuk mengurangkan pedas.
2. Blend halus bahan B, kemudian tumis sampai naik bau.
3. Masukan cili yang telah di blend tadi.
4. Masukan bahan C. Biarkan sampai kering.
Hidangkanlah bersama telur rebus, ikan bilis, kacang tanah bersama timun. Tapi saya lebih suka makan nasi lemak bersama ayam masak merah. Sebab xtahan pedas.
Sometime ada yang letak belacan kat dalam sambal. Macam nasi lemak pak Ali di pasar malam besar bangi. Sedap jugak xpedas sangat.
No comments:
Post a Comment