Tiba-tiba terasa nak makan tomyam pulak hari nie,
walaupun tak pernah masak, terus jer p pasar beli bahan2..
tapi sempat text my friend bahan apa perlu beli nak bt tomyam nie?
beli pes tomyam jer... daun limau purut, bawang2 and serai.
maka bermula masak untuk merosakan diet kakak saya yang tidak mok makan nasi....
BAHAN A
400g ayam
400g air
BAHAN B
2biji bawang merah
2biji bawang putih
2cm halia
7biji cilipadi
3pcs serai
1.5 cube pes tomyam (megi)/ pes thai tomyam
1pcs bunga kantan (belah 4)
BAHAN C
1/3 bawang besar
1/4biji bunga kobis
1/2 biji lobak
BAHAN D
4biji limau kasturi
2-3pcs daun limau purut
method:
1. didihkan air dan masukan ayam sampai ayam kuar minyak...
2. masukan bahan B ikut urutan.... biar ada gap.
3. tutup sekejap, bagi perisa (garam/aji/gula)
4. masukan bahan C. tutup.
5.last baru letak bahan D.
6.HIDANG.....
Thursday, 23 June 2011
Saturday, 18 June 2011
DAGING MASAK BLACK PAPER
DAGING MASAK BLACK PAPER
BAHAN A
3biji bawang putih
2biji bawang merah
2cm halia
BAHAN B
½ tsp sos tiram
sikit lada hitam
½ kg daging rebus (air guna balik)
½ cwn air rebusan
BAHAN C
1cwn air sagu (tepung ubi)
BAHAN D
1biji lada bangla
1biji bawang besar kuning
METHOD:
1. Tumis bahan A
2. Baru masuk bahan B. Tutup sekejap sampai sebati.
3. Baru masuk bahan C
4. Setelah hampir masak baru masuk bahan D.
5. Hidangkan. Bolehlah dihias bersama apa2 decoration.
Ini diantara makanan kegemaran saya. Selain ayam masak serai and ayam masak kunyit. Mungkin saya tidak suka makanan yang berkuah sangat. Melainkan sup2 super. nanti nak share resipi sambal udang yang sedap. pernah makan tapi xingat sapa yang masak sambal udang yang sedap tu. NYUM~NYUM!!!!
NASI (TOMATO/AYAM/LEMAK/BURUNGPUYU)
NASI TOMATO
BAHAN A
80g marjerin
24g butter
BAHAN B
5pcs bawang putih
3pcs bawang merah
2cm halia
BAHAN C
1pcs bunga lawang
1pcs buah pelaga
1pcs kayu manis
BAHAN D
½ tin tomato sup
⅓tin tomato puri
BAHAN E
3½ beras
2pcs pandan
5cwn air (÷2)
BAHAN F
sikit kismis
sikit garam
sikit aji
METHODE:
1. Panas bahan A dengan api sederhana
2. Masukan bahan B sampai naik bau
3. Masukan bahan C
4. Masukan bahan D, tomato puri hanya untuk coloring, so agak2 saja, kalau banyak nanti nasi lembik. Masukan separuh sukatan air dan biarkan mengelegak.
5. Sementara itu, beras yang telah di cuci dimasak sekejap di dalam periuk bersama separuh air yang tingal.
6. Apabila bahan tumisan mengelegak masukan kedalam periuk yang berisi beras.
7. Bubuh bahan F mengikut citarasa.
ALTERNATIF,
1. Beberapa tahun lepas saya pernah masak untuk hari raya, sebab kuantiti banyak lupa nak bajet besar periuk. So agak lembik sikit. Kesilapan saya, terus masak kat periuk nasi elektrik so waktu nak masuk beras, xmuat periuk. sikit jer lah masuk beras. Tapi time tu saya just tukar bahan D dengan beberapa biji tomato. Klu untuk sukatan diatas maybe 2-3 biji memadai. Blend saja dengan bahan tumisan macam ada letak lengkuas sikit.
2. Jika tiada butter or marjerin guna saja minyak dalam 100g, agak2 lah mungkin dalam 8-10 sudu.
3. Hidangkan bersama ayam masak merah.
NASI AYAM
BAHAN A
2 sduk minyak+marjerin
BAHAN B
2pcs pandan
2btg serai
2biji bawang merah
4biji bawang putih
2cm halia
BAHAN D
1 ½jug air sup (dalam 500g)
1 ½jug beras (dalam 500g)
½ tin susu cair ( boleh ganti dengan santan dalam 200g)
Method:
1. masuk bahan A dan bahan B sampai naik bau.
2. masukan air sup (air rebusan ayam) sampai mengelegak
3. masukan beras and susu cair.
SOS KICAP
kicap masin
kicap manis
minyak bijan
halia
masak di kuali
SOS CILI
cili merah besar
cili kering
perisa (gula / garam)
blend dan tumis, agak2 lah ikut cita rasa nak pedas mana.
Tak pernah buat, tapi pernah tengok orang buat. Sukatan pun saya agak-agak saja dari apa yang saya perhati. Rasa pun ok-ok saja.
NASI BURUNG PUYU
BAHAN A
1 sduk minyak+marjerin
BAHAN B
2biji bawang merah
3biji bawang putih
bahan C
2btg serai
2pcs bunga lawang
2pcs pelaga
1pcs kayu manis
1sudu bahan rahsia (rempah sup mama liza)
BAHAN D
1jug beras (dalam 400g)
BAHAN E
½ tin susu cair ( boleh ganti dengan santan dalam 200g)
200g jagung peket
1 jug air (dalam 400g)
Method:
1. Tumis bahan B.
2. Masukan bahan C sampai naik bau.
3. Baru masuk beras tunggu sampai agak kering sedikit baru masuk bahan E.
4. Tapi masuk jagung and susu cair dulu.
5. Baru masuk air. Tutup dan biar sampai masak.
Selalu nya hidang dengan burung puyu atau ayam kampung yang digoreng. Bersama kerabu kobis (rujuk previous post ~segala jenis penambah selera~ )+ sos cili+sos kicap.
NASI LEMAK
BAHAN-BAHAN
5 cwn Beras
6 ½ Air
sikit Garam
sikit Gula
2pcs Pandan
2biji Bawang merah
2cm Halia
2bgks Santan packet
METHOD:
1. Basuh beras
2. Masukan semua bahan-bahan kedalam periuk
3. Masak terus. Tapi kalau santan tidak larut dalam air, ambil air dari sukatan untuk melarutkan santan.
4. Jika mengunakan santan cair makesure sukatan air betol. Macam masak nasi biasa.
5. Ada juga orang suka letak bunga lawang and kayu manis. Tapi klu xletak pom ok jer.
Rasa taklah sedap sangat, mungkin xberapa lemak kot. Tapi nasi lemak ni tahan sampai malam, sebab guna santan packet. Klu guna santan kelapa fresh cepat basi.
SAMBAL CILI
BAHAN A
15biji cili kering
1sudu minyak
BAHAN B
sikit udang kering
5biji bawang merah
2cm halia
1btg serai
⅓ biji bawang besar kuning
BAHAN C
2kpg asam gelugor
sikit gula
sikit garam
sikit aji
sikit ikan bilis yang bergoreng
METHOD:
1. Blend bahan A, Jika cili kering yang gred A, letak sikit minyak untuk mengurangkan pedas.
2. Blend halus bahan B, kemudian tumis sampai naik bau.
3. Masukan cili yang telah di blend tadi.
4. Masukan bahan C. Biarkan sampai kering.
Hidangkanlah bersama telur rebus, ikan bilis, kacang tanah bersama timun. Tapi saya lebih suka makan nasi lemak bersama ayam masak merah. Sebab xtahan pedas.
Sometime ada yang letak belacan kat dalam sambal. Macam nasi lemak pak Ali di pasar malam besar bangi. Sedap jugak xpedas sangat.
Friday, 17 June 2011
sambal belacan tomato
sambal belacan ini hanya untuk mereka-mereka yang kurang gemar makan pedas dan rasa belacan yang sangat kuat.... macam saya lah.....
BAHAN A (BLEND)
2biji tomoto
8biji cili padi
4-5 bj bawang merah
1/2 bawang besar kuning (1/3 klu yg besar sgt)
1cm halia
1cm belacan
5sudu cuka/4-5biji limau kasturi
BAHAN B
2tsp ajinamoto
3tsp garam
2spoon gula
3sudu minyak
METHODE:
1. Blend semua bahan A dgn air sedikit saja...kecuali 1 biji tomato..
2. Setelah semua di blend halus, baru masuk satu biji lagi tomato tp blend sekejap sahaja biar ada ketul2 besar sikit.
3. panaskan minyak, masuk semua bahan, kemudian masak sampai kering.
4. klu nak lebih sedap, blh masuk sedikit udang kering dan mangga muda yang kuning2 sedikit.... masuk sedikit saja....
BAHAN A (BLEND)
2biji tomoto
8biji cili padi
4-5 bj bawang merah
1/2 bawang besar kuning (1/3 klu yg besar sgt)
1cm halia
1cm belacan
5sudu cuka/4-5biji limau kasturi
BAHAN B
2tsp ajinamoto
3tsp garam
2spoon gula
3sudu minyak
METHODE:
1. Blend semua bahan A dgn air sedikit saja...kecuali 1 biji tomato..
2. Setelah semua di blend halus, baru masuk satu biji lagi tomato tp blend sekejap sahaja biar ada ketul2 besar sikit.
3. panaskan minyak, masuk semua bahan, kemudian masak sampai kering.
4. klu nak lebih sedap, blh masuk sedikit udang kering dan mangga muda yang kuning2 sedikit.... masuk sedikit saja....
Wednesday, 15 June 2011
sup udang
SUP UDANG
BAHAN A
2btg SERAI
2cm HALIA
3bj BAWANG MERAH
1bj BAWANG PUTIH
5bj CILI PADI
BAHAN B
200g UDANG
BAHAN C
2bj MAGGA MUDA
4-5helai DAUN SELASIH
3-4 btg DAUN SUP
METHOD
1. Didihkan air dan semua bahan A
2. Masukan udang dan tutup periuk selama 10 minit sampai udang masak
3. Masukan bahan C dan biarkan selama 2-3 minit
4. Angkat dan hiding.
5. Klu nak masuk sayur2 len pom blh jugak… jadi sup sayur udang
AYAM MASAK SERAI
AYAM MASAK SERAI
BAHAN A (blend)
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
5-7 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus/@sos cili+cilipadi
½ biji tomato
2cm halia
1btg serai
BAHAN B
½ kg AYAM potong kecil2+kunyit+garam
2keping asam gelugor
6btg serai dipotong kecil2 @ dilumat
BAHAN C
Sedikit garam/aji/gula
METHOD
1. Ayam diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng separuh masak atau boleh rebus dengan sedikit air sampai empuk, kemudian angkat
2. Tumis bahan yang diblend sampai naik bau
3. Masukan ayam semula bersama asam dan serai
4. Masukan bahan c, dan tunggu sampai agak kering. Boleh letak daun limau purut&bunga lawang klu nak.
5. hidangkan
Thursday, 2 June 2011
surat cinta dr sahabat
resipi ini diperolehi ketika berada di lorong 20, taman tenaga...... thank to my friend yang bagi resipi nie, walaupun ringkas dan mudah bg kamu2 tapi, dari sinilah saya bermula cinta kepada dapur......
ada lagi 2 resipi, nasi goreng ala az dan nasi ayam ala az, tapi sayang tingal tu buku resipi disana....
ada lagi 2 resipi, nasi goreng ala az dan nasi ayam ala az, tapi sayang tingal tu buku resipi disana....
AYAM MASAK KUNYIT ALA AZ (@DAGING)
BAHAN2
1biji BAWANG MERAH
2biji BAWANG PUTIH
agak2 AYAM@DAGING
agak2 BUNGA KUBIS
1biji CARROT
1biji BAWANG BESAR (KUNING)
5biji CILI PADI
sikit MINYAK
sikit AIR
METHOD
1. Potong dadu ayam gaul bersama garam dan kunyit secukupnya
2. Bahan2 lain dipotong cantik2 ikut kreativiti. Share cerita sikit, Bab potong memotong kelemahan saya. Terutama carrot, bawang and cili. Tapi saya rasa semua sayur pun ssh kena ada contoh baru blh potong. Masih ingat lagi my x-hosmet gelak2kan I xpandai potong sayur bendi.huhuhu . Abis cerita.
3. Panaskan ayam bersama air sampai air kering dan ayam empuk, kemudian keluarkan dari kuali.
4. Panaskan minyak dan tumis bawang merah and putih
5. Masukan daging ayam dan goring bersama bawang2 itu sampai agak garing (jgn sampai hanggit sudah)
6. Masuk semua sayur, bawang dan cili- gaul sampai sebati.
7. Taburkan magi cukup rasa- jgn byk2 sgt-agk2 je
8. Gaul lagi, tudung sekejap dalam 1 minit
9. Siap!!!
10. Note: jangan lupa tambah kasih sayang secukupnya.
Resipi yang pernah diberi kepada ku dalam bentuk surat, tapi xpernah pun berkesempatan nak masak sewaktu zaman2 mengenal dapur……..
Pernah dipraktikan sekali saja sewaktu berada di PJ, tapi xdak maggi secukup rasa. mmg sy suka ni masakan, coz satu kali jalan, sayur and protein masak sekali. cukuplah satu hidangan yg complete.
SUP SAYUR ALA AZ
BAHAN-BAHAN
2ULAS BAWANG MERAH (tumbuk)
2ULAS BAWANG PUTIH (tumbuk)
2BIJI CILI API (dibelah-belah)
2SUDU MINYAK (utk menumis)
1PEK SAYUR CAMPUR (jgn lupa cuci)
IKUT SUKA SOTONG/UDANG/FISHBALL (secukupnya)
1KETUL KIUB AYAM/LEMBU
400ml AIR
METHOD
1. Panas minyak dalam kuali- api perlahan
2. Tumis bawang – hingga kuning
3. Masuk sotong-sotongan
4. Kacau 30 saat
5. Masuk air
6. Masuk kiub
7. Besarkan api supaya cepat mendidih
8. Kacau supaya kiub hancur
9. Masukan sayur dan cili
10. Biar mendidih 2 minit
11. Tutup api
bila I baca ni instruction terus I gelak2….. betapa teruknya saya dalam aspek memasak, sampai orang bagi ni resipi bagi instruction sebegini detail step.
SAMBAL KICAP + TOMATO ALA AZ
BAHAN-BAHAN
4biji CILI PADI
Ibijik TOMATO
I bijik BAWANG MERAH
Secukupnya KICAP JALEN LEMAK MANIS
METHOD
1. cili dipotong kecik2
2. tomato potong dadu
3. bawang potong nipis2
4. kemudian masuk semua dalam mangkuk
5. bila nak makan baru letak kicap jalen yang semestinya lemak manis.
for those yang nak cuba pastikan guna kicap jalen, klu bukan kicap jalen mmg xsedap.
saya sdh pernah guna kicap adabi and kipas udang, mmg lain betol rasanyer….
tapi for sabahan setakat Jun 2011 belum ada lagi kicap Jalen di PASAR2RAYA sekitar negeri Sabah, so harap bersabar.
segala jenis penambah selera makan...(kerabu-kobis/apple/kuah asam/tomato)
KERABU APPLE
BAHAN2
1biji APPLE MERAH
1biji APPLE HIJAU
1biji SUNKIST
⅓biji CARROT
1biji BWG MERAH
½ biji CILI BESAR
1sudu MADU
½ biji LIMAU
sikit GARAM
CARA2
1. Baca bismillah terus p kedai
2. Beli semua bahan
3. Ambil pisau tajam dan potong semua cantik2 ikut suka, tp hiris nipis2 and kecil2 kira comman lah
4. Gaul semua bahan
5. Masuk kat peti
6. Lepas 30 minit hiding kat pingan yang cantik
KERABU TOMATO
BAHAN2
2biji TOMATO
1biji BAWANG BESAR COLOR MERAH
2-5biji CILI (BLEND)
1biji CILI POTONG
sikit GARAM/AJINAMOTO
sikit GULA
CARA2
1. Baca bismillah
2. Sedia semua bahan
3. Gaulkan semua
4. Masuk peti
5. Hidang selepas 30 minit
6. Kalau dimalamkan lagi sedap. Tapi semalam saja.
AIR ASAM
Air asam selalunya disediakan bersama nasi daging. tapi bolehlah dibuat sebagai penambah selera makan.
BAHAN2
1BIJI BAWANG BESAR COLOR MERAH
1BIJI CILI HIJAU
1BIJI CILI MERAH
1CM BELACAN
SIKIT GARAM/ AJINAMOTO
SIKIT GULA
AGAK2 ASAM JAWA
METHOD
1. Blend cili dan belacan
2. potong bawang
3. bancuh air asam jawa
4. gaul semua ikut suka, kalau nak masam letak air asam banyak2
5. kalau nak pedas boleh letak cili api,
6. those for sabahan, cili maksud lada besar.
KERABU KOBIS
BAHAN-BAHAN
2-3 sudu KACANG TANAH
⅓ biji KOBIS
1-2biji CILI
½ biji CARROT
1biji BAWANG MERAH (BESAR)
sikit CUKA
sikit GULA
sikit GARAM
method
1. Kacang tanah goring dan blend
2. Kobis ,cili, carrot, bawang potong kecil2
3. Gaul bersama semua bahan
4. 30 minit masuk peti
5. Hidang
Subscribe to:
Posts (Atom)