Friday 27 May 2011

kek masam manis

KEK LAPIS MASAM MANIS



BAHAN A
10 BIJI   TELUR
200 g      SUGAR
300 g      CRAKER JACOB’S (blend dan ayak)
200 g      TEPUNG HONGKONG
1sudu    OVALETTE
1 TSP     VANILLA
1sudu    GLYSERIN

BAHAN B
500 g      BUTTER
½ TIN     SUSU PEKAT

BAHAN C
180 pcs ASAM MANIS/SLL COLOR MERAH YANG MACAM DUIT2 TU
1 sudu   PEWARNA KUNING
1 sudu   PEWARNA HIJAU


METHOD


1.       Pukul bahan A sampai kembang.

2.       Masukan bahan B

3.       Bahagi adunan kepada dua bahagian

4.       Masukan pawarna respectively dan kacau sampai warna sekata. Warna blh tambah ikut citarasa.

5.       Sediakan luyang 9x9 dengan sapukan sedikit marjerin

6.       Potong kertas minyak mengikut saiz luyang

7.       Masukan tepung color hijau sebanyak 8 sudu - ratakan

8.       Bakar adunan 100 degre selama 5 minit hanya mengunakan api atas. Bergantung pada oven anda gunakan. Maka, oven besar yang selalu chef pakai untuk bakar pizza mmg xsesuai. Sebab kek akan jadi keras sedikit kerana suhu bawah tetap ada.

9.       Kalau nak tau masak, agak2 yang tepung dengan luyang sudah nampak merengang sedikit.

10.   Lakukan semula step 7 dengan tepung berwarna hijau jugak, tetapi sebelum bakar susun kepingan asam manis diatas tepung.

11.   Apabila sudah masak, masukan tepung berwarna kuning serupa step 7 sebanyak 2 lapisan.

12.   Step berulang dilakukan sampai tepung habis, atau 6 lapisan hijau, dan 6 lapisan untuk kuning. Seperti didalam gambar.


No comments: