Sunday 11 September 2011

kelupis




kelupis merupakan makanan orang sabah khususnya sebelah kk-papar-membakut-beaufort-sipitang








Walaubagaimanapun setiap daerah mempunyai versi masing2... 
ini kerana kelupis yang sll mak saya buat tidak sama dengan versi kelupis orang klias- beaufort buat.
kelupis mereka ada inti kelapa & udang lagi kat dalam (yg pernah sy mknlah)...
lagi advand and sedap....
sungguh enak dimakan begitu saja... tapi dah mcm pulut pangang pulak, dah jadi bukan resipi asli kelupis....
pada saya mana2 jak, ikut citarasa masing2..

bagi mereka yang tidak tahu, kelupis sama jugalah seperti lemang atau ketupat bagi org2 semananjung sana, cuma cara masak and packaging jak yg xsama... 

sebelom nak masak pastikan anda mempunyai peralatan tersebut:
1. alat pengukusan
2. kuali/periuk 
3. blender
3. daun nyirik/daun pisang
4.penyemat (lidi tajam yg dipotong pendek2)
5. santan kelapa fresh
6. daun pandan
7. beras pulut
8. garam dan gula





disebabkan resipi ni hanya dibuat time2 raya atau keramaian, maka sll mmg buat dlm kuantiti yg banyak....

langkah 1: 5biji kelapa yang sudah diparut dicampur bersama 3 jug air (dalam 6 L kot), maaflah kuantiti air xdapat kira, nanti balik kampung sy sukat air byk mana, sbb mak sy klu nak bt kelupis mmg hanya guna jug besar warisan turun temurun kat rumah tu.. 
kemudian ambik juga daun pandan, ikut suka hati anda guna byk mana hanya sebagai pewarna. sll dlm 6-10 helai cukuplah... 
hiris nipis2 masuk sekali dalam besen besar bersama kelapa2 tadi. 
sllnya lagi banyak daun pandan lagi sy suka...


langkah 2: blend semua kemudian tapis untuk dapatkan pure santan blend sekali jer..... dah tu masuk semua kat dalam kawah (lagi senang nak kacau)..




 langkah 3: kacau sampai pecah minyak seperti kat dalam picture kat atas tu, perlahankan api. lalu masukan beras pulut 5kg yang telah di basuh dan ditoskan.... time ni bolehlah letak garam ikut suka anda, sll mcm 3-4 sudu jg sy tgok mak sy letak... (rasa jgn xrasa).. sll ada juga yang letak gula, tp lebik baik jgn letak (utamakan kesihatan)
- tp xblh rasa sbb puasa.



langkah 4: kacau beras tersebut sampai masak, sll kacau mengacau nie suruh lelaki jak, sbb memang penat. kena cepat dan sentiasa di kacau, klu lambat takut banyak keraknya... bayangkan lah sy kacau ni bersendrian sambil sempat lg ambil2 gambar. makk oiii!!!!
 

langkah 5: dah siap lah nie.. sekarang disebabkan banyak sebaiknya anda letak separuh kat dlm flask nasi... sbb klu dah sejuk ssh nak bungkus... keras mcm batu.


langkah 6: arrr ni lah, kat sabah suka guna daun nie!!!...
org sabah panggil daun nyirik... pastikan dicuci dan dilap kering. 
daun ni kebaikannya kelupis akn tahan lama berbanding daun pisang. 
dan xmudah koyak. 
sll klu beli kat pasar siap kena potong cantik2....


langkah 7: bungkuslah seperti ini. ada yang suka buat besar, ada yang suka buat kecil. sebaiknya bungkus kecil2 klu daun nyirik banyak dan anda larat supaya nampak profesional. tp klu M buat jak besaq2 mcm org rumah sll buat, sbb cepat siap nak bungkus...hehehehe
cara bungkus nasi kat belakang daun.


 
langkah 8: susunlah kat pengukusan, kukus selama 1-2 jam mengikut besar api anda. klu nak tahu masak ker x, buka dan rasa, sbb sy pom xtau nak explain mcm mana nak tgok dia masak sbb sy pom x arif... klu anda rasa dah ada bau kira masaklah tu tp jgn masak terlalu lama, sbb nanti daun nyirik akan bertukar layu dan nampak buruk..

tip: jangan kukus semua, sebab lepas masak hanya mampu bertahan 1 hari jak. malainkan anda rajen nak panas2kan... sebaiknya lepas bungkus masukan separuh kat freezer boleh kukus bila2 anda nak.. raya ke-4 atau ke-5 ker...


sekian wasalam....










No comments:

Post a Comment