Saturday, 18 June 2011

NASI (TOMATO/AYAM/LEMAK/BURUNGPUYU)

NASI TOMATO


BAHAN A
80g         marjerin
24g         butter

BAHAN B
5pcs       bawang putih
3pcs       bawang merah
2cm        halia

BAHAN C
1pcs       bunga lawang
1pcs       buah pelaga
1pcs       kayu manis

BAHAN D
½ tin      tomato sup
⅓tin       tomato puri

BAHAN E
         beras
2pcs       pandan
5cwn     air (÷2)

BAHAN F
sikit        kismis
sikit        garam
sikit        aji



METHODE:

1.       Panas bahan A dengan api sederhana
2.       Masukan bahan B sampai naik bau
3.       Masukan bahan C
4.       Masukan bahan D, tomato puri hanya untuk coloring, so agak2 saja, kalau banyak nanti nasi lembik. Masukan separuh sukatan air dan biarkan mengelegak.
5.       Sementara itu, beras yang telah di cuci dimasak sekejap di dalam periuk bersama separuh air yang tingal.
6.       Apabila bahan tumisan mengelegak masukan kedalam periuk yang berisi beras.
7.       Bubuh bahan F mengikut citarasa.

ALTERNATIF,
1.       Beberapa tahun lepas saya pernah masak untuk hari raya, sebab kuantiti banyak lupa nak bajet besar periuk. So  agak lembik sikit. Kesilapan saya, terus masak kat periuk nasi elektrik so waktu nak masuk beras, xmuat periuk. sikit jer lah masuk beras.  Tapi time tu saya just  tukar bahan D dengan beberapa biji tomato. Klu untuk sukatan diatas maybe 2-3 biji memadai.  Blend saja dengan bahan tumisan macam ada letak lengkuas sikit.

2.       Jika tiada butter or marjerin guna saja minyak dalam 100g, agak2 lah mungkin dalam 8-10 sudu.

3.       Hidangkan bersama ayam masak merah.




NASI AYAM


BAHAN A
2 sduk   minyak+marjerin

BAHAN B
2pcs       pandan
2btg       serai
2biji        bawang merah
4biji        bawang putih
2cm        halia

BAHAN D
1 ½jug   air sup (dalam 500g)
1 ½jug   beras (dalam 500g)
½ tin      susu cair ( boleh ganti dengan santan dalam 200g)



Method:
1.       masuk bahan A dan bahan B sampai naik bau.
2.       masukan air sup (air rebusan ayam) sampai mengelegak
3.       masukan beras and susu cair.

SOS KICAP
kicap masin
kicap manis
minyak bijan
halia
masak di kuali


SOS CILI

cili merah besar
cili kering
perisa (gula / garam)
blend dan tumis, agak2 lah ikut cita rasa nak pedas mana.


Tak pernah buat, tapi pernah tengok orang buat. Sukatan pun saya agak-agak saja dari apa yang saya perhati. Rasa pun ok-ok saja.





NASI BURUNG PUYU
BAHAN A
1 sduk   minyak+marjerin

BAHAN B
2biji        bawang merah
3biji        bawang putih

bahan C
2btg       serai
2pcs       bunga lawang
2pcs       pelaga
1pcs       kayu manis
1sudu    bahan rahsia (rempah sup mama liza)

BAHAN D
1jug       beras (dalam 400g)

BAHAN E

 
½ tin      susu cair ( boleh ganti dengan santan dalam 200g)
200g       jagung peket
1 jug      air (dalam 400g)

Method:
1.       Tumis bahan B.
2.       Masukan bahan C sampai naik bau.
3.       Baru masuk beras tunggu sampai agak kering sedikit baru masuk bahan E.
4.       Tapi masuk jagung and susu cair dulu.
5.       Baru masuk air. Tutup dan biar sampai masak.

Selalu nya hidang dengan burung puyu atau ayam kampung yang digoreng.  Bersama kerabu kobis (rujuk previous post ~segala jenis penambah selera~ )+ sos cili+sos kicap.


NASI LEMAK


BAHAN-BAHAN

5 cwn    Beras
6 ½         Air
sikit        Garam
sikit        Gula
2pcs       Pandan
2biji        Bawang merah
2cm        Halia
2bgks    Santan packet

METHOD:

1.       Basuh beras
2.       Masukan semua bahan-bahan kedalam periuk
3.       Masak terus. Tapi kalau santan tidak larut dalam air, ambil air dari sukatan untuk melarutkan santan.
4.       Jika mengunakan santan cair makesure sukatan air betol. Macam masak nasi biasa.
5.       Ada juga orang suka letak bunga lawang and kayu manis. Tapi klu xletak pom ok jer.

Rasa taklah sedap sangat, mungkin xberapa lemak kot. Tapi nasi lemak ni tahan sampai malam, sebab guna santan packet. Klu guna santan kelapa fresh cepat basi.

SAMBAL CILI
BAHAN A
15biji     cili kering
1sudu    minyak

BAHAN B
sikit        udang kering
5biji        bawang merah
2cm        halia
1btg       serai
⅓ biji      bawang besar kuning

BAHAN C
2kpg      asam gelugor
sikit        gula
sikit        garam
sikit        aji
sikit        ikan bilis yang bergoreng

METHOD:

1.       Blend bahan A, Jika cili kering yang gred A, letak sikit minyak untuk mengurangkan pedas.
2.       Blend halus bahan B, kemudian tumis sampai naik bau.
3.       Masukan cili yang telah di blend tadi.
4.       Masukan bahan C. Biarkan sampai kering.


Hidangkanlah bersama telur rebus, ikan bilis, kacang tanah bersama timun. Tapi saya lebih suka makan nasi lemak bersama ayam masak merah. Sebab xtahan pedas.
Sometime ada yang letak belacan kat dalam sambal. Macam nasi lemak pak Ali di pasar malam besar bangi. Sedap jugak xpedas sangat.


No comments:

Post a Comment