Apabila cakap pasal kalsium pasti saja anda terfikir Tulang lalu terbayang susu, itulah kesinambungan diantaranya. tp selain tulang kalsium juga penting untuk Gigi, Proses pembekuan darah,Sistem metabolisme tingkat sel,dan sistem perkembangan saraf
syukurlah kepada mereka yang perutnya boleh menerima sumber tenusu.
tapi ada antara kita yang tidak cukup bertuah memperolehi sumber kalsium melalui susu. tapi jangan bersedih ada beberapa sumber lain yang telah disediakan untuk anda.
jangan ambil mudah dengan sumber kalsium ini yer....
ini kerana, pernah anda tengok orang tua yang bongkok seperti melakukan ruku"
klu sebab memang nak sentiasa ruku" kepada pencipta xkisah. tapi disababkan tulang belakang sudah rapuh dan membengkok. itulah hakikat tua, masing2 ada takdir tp kita mampu mengubahnya sebelom sampai waktunya.
jangan tunggu tua, sekarang ni umur 30an sudah ada yang sll sakit tulang belakang....
kenali sumber kalsium:
1). susu
2). keju (cheese cake/yogurt/icecream/butter/mozzerella)
3). sayuran hijau (eg-brokoli/sawi/bayam)
4).kacang-kacang (kacang hijau)
so jadilah penguna bijak kalau ingin membeli makanan untuk anak2 anda. kalau nak beli makanan sampingan kat anak2 dipasaraya, pilihlah yang sewajarnya, jangan pilih makanan yang merepek-repek yang banyak pewarna (menyebabkan anak hiperactive) dan MSG (kecenderungan untuk terus makan~masalah obes).
penting:
perbanyakan juga vitamin D sewaktu mengambil kalsium, ini membantu penyerapan kalsium lebih tinggi. satu hari kita memerlukan 1000mg kalsium bersamaan 1 gelas susu. tapi bukan semua sumber kalsium ini akan diserap tubuh. mungkin half daripadanya. maka dengan turut mengambil vitamin D, ini dapat meningkatkan penyerapan kalsium.
berhati-hati:
jika anda mengamalkan diet high protien (daging/telur/ikan) pastikan anda turut meningkatkan pengambilan kalsium. kerana untuk pemecahan molekul protein anda perlukan sumber kalsium. jika paras kalsium kurang dalam darah maka kalsium pada tulang akan di gunakan.
elakan juga pengambilan kopi (keffein)secara berterusan dan berlebihan. ini menghalang penyerapan kalsium terus kepada tulang. cara terbaik tambahkan susu (bukan creamer) kedalam kopi.
RESIPI MUDAH DAN BERKHASIAT:
mungkin selalu jak anda buat, tp xtau khasiatnya atau mungkin ada yang terlepas pandang tentang kepentingan breakfes tapi inilah yang sebaiknya sebagai pembuka metabolism pada pagi hari. pastikan anda tidak skip breakfes setiap hari.
jika anda breakfes tidak teratur metabolism dan energi anda juga akan up-down.
bahan-bahan:
1). 2biji telur direbus separuh masak ( multivitamin)
kuning telur (sesuai kepada mereka yg ingin menurunkan berat badan)
boleh letak bawang merah (alkaline kerana telur bersifat acidic)
letak lada sulah (white pepper juga turut meningkatkan metabolisma)
boleh letak kicap sebagai perisa.
2). carrot dan susu.
jika anda tidak boleh minum susu segar secara direct, ambillah susu segar tersebut dan blend bersama carrot atau apa saja buah yang boleh membantu anda menghilangkan rasa susu. boleh letak serbuk coklat....
maka hidangkanlah sepotong roti. boleh tambah kacang yang kat tin tu.
nah sekarang anda sudah cukup kalsium, protein dan juga karbohidrat.
sekian.....
Monday, 26 September 2011
Sunday, 11 September 2011
kelupis
kelupis merupakan makanan orang sabah khususnya sebelah kk-papar-membakut-beaufort-sipitang
Walaubagaimanapun setiap daerah mempunyai versi masing2...
ini kerana kelupis yang sll mak saya buat tidak sama dengan versi kelupis orang klias- beaufort buat.
kelupis mereka ada inti kelapa & udang lagi kat dalam (yg pernah sy mknlah)...
lagi advand and sedap....
sungguh enak dimakan begitu saja... tapi dah mcm pulut pangang pulak, dah jadi bukan resipi asli kelupis....
pada saya mana2 jak, ikut citarasa masing2..
bagi mereka yang tidak tahu, kelupis sama jugalah seperti lemang atau ketupat bagi org2 semananjung sana, cuma cara masak and packaging jak yg xsama...
sebelom nak masak pastikan anda mempunyai peralatan tersebut:
1. alat pengukusan
2. kuali/periuk
3. blender
3. daun nyirik/daun pisang
4.penyemat (lidi tajam yg dipotong pendek2)
5. santan kelapa fresh
6. daun pandan
7. beras pulut
8. garam dan gula
disebabkan resipi ni hanya dibuat time2 raya atau keramaian, maka sll mmg buat dlm kuantiti yg banyak....
langkah 1: 5biji kelapa yang sudah diparut dicampur bersama 3 jug air (dalam 6 L kot), maaflah kuantiti air xdapat kira, nanti balik kampung sy sukat air byk mana, sbb mak sy klu nak bt kelupis mmg hanya guna jug besar warisan turun temurun kat rumah tu..
kemudian ambik juga daun pandan, ikut suka hati anda guna byk mana hanya sebagai pewarna. sll dlm 6-10 helai cukuplah...
hiris nipis2 masuk sekali dalam besen besar bersama kelapa2 tadi.
sllnya lagi banyak daun pandan lagi sy suka...
langkah 2: blend semua kemudian tapis untuk dapatkan pure santan blend sekali jer..... dah tu masuk semua kat dalam kawah (lagi senang nak kacau)..
langkah 3: kacau sampai pecah minyak seperti kat dalam picture kat atas tu, perlahankan api. lalu masukan beras pulut 5kg yang telah di basuh dan ditoskan.... time ni bolehlah letak garam ikut suka anda, sll mcm 3-4 sudu jg sy tgok mak sy letak... (rasa jgn xrasa).. sll ada juga yang letak gula, tp lebik baik jgn letak (utamakan kesihatan)
- tp xblh rasa sbb puasa.
langkah 4: kacau beras tersebut sampai masak, sll kacau mengacau nie suruh lelaki jak, sbb memang penat. kena cepat dan sentiasa di kacau, klu lambat takut banyak keraknya... bayangkan lah sy kacau ni bersendrian sambil sempat lg ambil2 gambar. makk oiii!!!!
langkah 5: dah siap lah nie.. sekarang disebabkan banyak sebaiknya anda letak separuh kat dlm flask nasi... sbb klu dah sejuk ssh nak bungkus... keras mcm batu.
langkah 6: arrr ni lah, kat sabah suka guna daun nie!!!...
org sabah panggil daun nyirik... pastikan dicuci dan dilap kering.
daun ni kebaikannya kelupis akn tahan lama berbanding daun pisang.
dan xmudah koyak.
sll klu beli kat pasar siap kena potong cantik2....
sll klu beli kat pasar siap kena potong cantik2....
langkah 7: bungkuslah seperti ini. ada yang suka buat besar, ada yang suka buat kecil. sebaiknya bungkus kecil2 klu daun nyirik banyak dan anda larat supaya nampak profesional. tp klu M buat jak besaq2 mcm org rumah sll buat, sbb cepat siap nak bungkus...hehehehe
cara bungkus nasi kat belakang daun.
langkah 8: susunlah kat pengukusan, kukus selama 1-2 jam mengikut besar api anda. klu nak tahu masak ker x, buka dan rasa, sbb sy pom xtau nak explain mcm mana nak tgok dia masak sbb sy pom x arif... klu anda rasa dah ada bau kira masaklah tu tp jgn masak terlalu lama, sbb nanti daun nyirik akan bertukar layu dan nampak buruk..
tip: jangan kukus semua, sebab lepas masak hanya mampu bertahan 1 hari jak. malainkan anda rajen nak panas2kan... sebaiknya lepas bungkus masukan separuh kat freezer boleh kukus bila2 anda nak.. raya ke-4 atau ke-5 ker...
sekian wasalam....
Tuesday, 6 September 2011
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2011
Belom terlambat nak ucap selamat hari raya.... RAYA YANG PALING BEST, SEMUA FAMILY DAPAT BERKUMPUL BERSAMA, tapi x seperti yang dirancang, dua ahli keluarga tidak dapat turut serta, adik saya terpaksa pulang awal untuk menjalani tugas, manakala abang saya lambat tiba kerana masalah family isterinya....
taktau nak cakap apa, nak cerita pasal masakan jer lah....
sepanjang puasa & raya sangat sibuk menjadi chef cook....
alhamdulilllah semua biskut dan kek berjaya dijual....
saya pun tidak sangka, raya tahun ni makanan yang saya masak,
alhamdulillah mendapat sambutan yang amat mengalakan,
so tahun depan dah tahu dah resipi apa yang nak di hidangkan,
boleh jadi trademark...
masakan untuk 100 orang punya makan,
nak share resipi, tapi kitab resipi tingal kat kg pulak........
raya pertama saya masak mee soto.. thank to my mom yg tolong sediakan bahan2 mensup.... and sempat juga mensup daging sebelom turun sembahyang raya.....
raya ke-dua masak mee kari jew.... (paling sedap-pujian ramai) buat sorang2, nasib adik saya tolong hiris cili and buka kulit telur, maklumlah tangan juga turut terhiris ketika menghiris daging...
raya ketiga- masak tomyam kaw... satu botol besar paste dia masuk dalam tong besar....
sampai kemalam tetamu makan, isi penuh satu tong...
dan juga nasi tomato bersama teman baiknya ayam masak merah....
thank juga kepada anak buah saya pijot and shimot serta abang saya yang turut menyediakan bahan2.....
mujurlah raya ke-4 kenduri cukur rambut anak buah (ibad nabihan),
so sy hanya cuci2 sayur, daging dan ikan....
masak2 komfem lah kak long saya yg jadi ketua...
maklumlah diakan bos besaq kat rumah....
semua orang kena ikut ckp dia...
(aiman tak kisah).......
lastly,
thank to all friend and family yang datang kerumah..
and puji masakan sy... ini semua menyebabkan sy rasa teruja dan
semngat nak masak lagi tahun depan....
errrr ada gak ker orang nak baca blog aku, tak kisah lah yang penting saya
nak baca ucapan ni raya tahun depan....
agar sepanjang tahun nie hati sentiasa berbunga2.....
wsalam
taktau nak cakap apa, nak cerita pasal masakan jer lah....
sepanjang puasa & raya sangat sibuk menjadi chef cook....
alhamdulilllah semua biskut dan kek berjaya dijual....
saya pun tidak sangka, raya tahun ni makanan yang saya masak,
alhamdulillah mendapat sambutan yang amat mengalakan,
so tahun depan dah tahu dah resipi apa yang nak di hidangkan,
boleh jadi trademark...
masakan untuk 100 orang punya makan,
nak share resipi, tapi kitab resipi tingal kat kg pulak........
raya pertama saya masak mee soto.. thank to my mom yg tolong sediakan bahan2 mensup.... and sempat juga mensup daging sebelom turun sembahyang raya.....
raya ke-dua masak mee kari jew.... (paling sedap-pujian ramai) buat sorang2, nasib adik saya tolong hiris cili and buka kulit telur, maklumlah tangan juga turut terhiris ketika menghiris daging...
raya ketiga- masak tomyam kaw... satu botol besar paste dia masuk dalam tong besar....
sampai kemalam tetamu makan, isi penuh satu tong...
dan juga nasi tomato bersama teman baiknya ayam masak merah....
thank juga kepada anak buah saya pijot and shimot serta abang saya yang turut menyediakan bahan2.....
mujurlah raya ke-4 kenduri cukur rambut anak buah (ibad nabihan),
so sy hanya cuci2 sayur, daging dan ikan....
masak2 komfem lah kak long saya yg jadi ketua...
maklumlah diakan bos besaq kat rumah....
semua orang kena ikut ckp dia...
(aiman tak kisah).......
lastly,
thank to all friend and family yang datang kerumah..
and puji masakan sy... ini semua menyebabkan sy rasa teruja dan
semngat nak masak lagi tahun depan....
errrr ada gak ker orang nak baca blog aku, tak kisah lah yang penting saya
nak baca ucapan ni raya tahun depan....
agar sepanjang tahun nie hati sentiasa berbunga2.....
wsalam
Monday, 22 August 2011
KARI KEPALA IKAN
Fistime masak ikan kepala kari, tapi memang sedap..... walaupom puasa, rasa agak kow2...
tapi tersilap sikit jer , lambat sangat masuk sayur terung, sampy nak tunggu terung masak, ikan dah agak hancur cket...
BAHAN-BAHAN
2biji Bawang bombay hiris
sejemput ketumbar
sejemput jintan putih
1cm halia (blend)
2biji bawang merah (blend)
2biji bawang putih (blend)
1bungkus kari ikan (888/babas/alagapas)-bancuh
1/2sudu kunyit serbuk-bancuh
3sudu cili kering -bancuh
1/2 tin santan cream ayam brand / (susu sejat)
2sudu asam jawa
1kg ikan(merah/tengiri/+++)
3biji terung
3biji bendi
2biji lada merah besar
cara-cara
-tumis bawang bombay+jintan putih+ketumbar
-masukkan bahan yang di blend
-masukan rempah yang dibancuh sampy pecah minyak klu nak sedap letak jintan putih sikit
-masukan santan yang dibancuh bersama air asam jawa klu xnak kolestrol abaikan santan atau ganti dengan susu sejat.
-letak air ikut suka+garam +gula
-masukan ikan dan sayur2an
-tunggu sampay mendidih/sambil kacau2 klu letak santan
-siap
Friday, 19 August 2011
coklat
Alhamdulillah hari nie diberi kesempatan mengunjungi ruangan ini.sementara sedang menungu butter saya menjadi lembut dalam 1-2 jam... nak bt kek lapis. tp bukan butter churn yer.....
bukan sibuk sangat pom, tapi seperti biasalah manusia mempunyai graph kadang naik kadang turun...
semenjak start puasa, graph menurun pulak, bukan malas, tapi dah kurang masak, kalau dulu masak 3x sehari, nie dah jadi sekali jer masak.
bukan xmasuk dapur langsung, tapi saya rasakan semenjak bulan ramdhan ni lah masa saya plg bayk kat dapur- ~adalah sikit tempahan dari jiran tetangga dan juga sahabat handai.
hari nie nak cerita pasal coklat masakan...
saya bukan lah arif sangat pasal coklat, sekadar pengetahuan basic jer, tapi mungkin memberi sedikit info kepada mereka yang baru mengenali coklat.
cooking coklat-
yang orang guna nak buat biskut2 raya kalau nak jimat pakai coklat biasa saja (2.5kg), takda jenama pom, (paling murahlah)- semanjak kat sabah saya jumpa coklat yang jenis black coklat kat bake with me putatan.
selalunya dark/black coklat nie pahit. tp yang kat bake with me saya xrasa pom dia pahit. coklat ni memang color hitam pekat dan agak liat.
so far saya tak jumpa lagi jenis coklat (choclate) jenama Aneka di sabah nie, selalunya coklat jenis nie lebih manis dan sederhana pahit. - selalu orang guna untuk buat almond.
COKLAT TIRUAN
Tapi kalau nak beli coklat masakan, terutama yg xdak jenama ni, pilih yang coklat tu xmudah pecah. liat and keras. % kandungan coklat dalamnya lebih tinggi. jika anda lihat coklat tersebut retak2 and kalau anda patah pun dia memang patah, memang coklat tiruan... compound gula mmg agak tinggi. - selalunya color agar pudar.
coklat macamni kalau dah terbeli hanya sesuai masuk sekali dalam adunan kek sajalah.
masalah coklat tiruan ni, kalau kita cairkan dia tak akan cair. tambah pekat dan likat.
white coklat.
white coklat pun ada dua jenis, selalunya nak buat hiasan zigzag kat atas biskut.
kalau anda jumpa (white coklat) yang color nya memang putih, coklat ni jenis yang cepat mengeras semula selepas anda cairkan. so kalau anda nak guna untuk paiping, kena paiping dalam keadaan panas2 lah.~sakit tangan tau kena sedia tuala basah kat tepi.
kebaikan dia, coklat cepat kering, so bolehlah anda packing cepat2 biskut sebelum masuk angin....
kekurangan dia, coklat ni akan mudah berketul kalau lambat nak paiping, xberapa sesuai kalau nak jadikan coklat hiasan yang berbentuk huruf. sebab coklat agak cair dan akan mengalir dengan cepat, susah nak menulis.
coklat (white coklat) color agak cream(kekuningan). coklat jenis nie sesuai dijadikan coklat perasa, bukan sebagai hiasan, sebab rasa dia agak mcm creamy sikit, dan agak sesuai dicampur dengan coklat susu untuk buat coklat2 hantaran. coklat ni juga sangat lambat nak keras semula selepas dicairkan.
kebaikan: rasa agak sedap, boleh jadikan coklat celup biskut. boleh guna kalau nak hias biskut yang memang berjuta2 biji dalam sehari, kerana lambat keras dan boleh buat dalam keadaan relax, jimat (guna sikit jer kalau dia agak keras),boleh buat hiasan berbentuk huruf.
kekurangan: disebabkan agak lambat nak keras, so lepas cairkan kena tunggu dlm 20-30 minit sebelum nak paiping kat atas biskut. terutama biskut almond atau biskut coklat yang lain. maksud saya disini coklat ni sangat cair, so kalau nak paip kelajuan dia macam air mengalir, mmg susah and hasilnya, biskut pom xberapa nak cantik. kadang2 kalau terlebih keras pom susah jugak, sebab bila dia dah keras sangat, agak susah nak picit keluar, banyak ketulan coklat yang menghalang. lepas paiping pom coklat ni mmg agak lambat lg nak keras, so xberapa sesuai untuk biskut jenis bertepung yang memang kena simpan dengan cepat dalam kedap udara.
cara mencairkan coklat
1. kalau nak cairkan coklat kena pakai teknik double boil. iaitu panaskan air pada satu periuk, kemudian, gunakan satu lagi periuk yang agak besar dari periuk dibawah, untuk letak ketulan coklat anda. selalu ptong dadu coklat anda sebelom boil. dan pastikan tidak ada sebarang air yang terkena pada coklat anda. seeloknya waktu double boil tu guna api sederhana atau kecil sahaja, agar tidak ada wap air yang mengenai coklat anda. kalau dah terkena air, anda telah wastekan coklat tersebut. sbb memang dah xboleh pakai-xakan cair bahkan rupa dia mmg mcm coklat buruk yang tumbuh kulapok...hweuuuu
2. untuk cairkan dark/black/coklat boleh letak butter 5-10% drpd amount coklat bertujuan nak bagi shining dan likat. ikut kesesuaian tujuan coklat dicairkan, contoh klu nak guna untuk buat almond london boleh guna 10% butter maka almond akan cepat kering dan shining. tapi kalau untuk biskut yang nak coklat agak cair, guna 5% cukup lah.
ketika nak masuk butter, biarkan saja butter tu mencair sendiri. iaitu lepas cairkan coklat, masukan butter sampai dia jadi agak berminyak. baru kita kacau so akan lebih shining.... ~ jangan guna margerin.
3. selain gunakan butter untuk shining, ada satu oil yang dicampurkan kat coklat. xingat apa nama dia, packaging dia sll kat dalam botol kecil2 tu @botol pewarna. tapi sangat mahal.
4. white coklat xpayah letak butter, tapi ni saya belom pastikan kesahiannya. sebab ikut cikgu saya yang dri serawak kalau xnak white coklat teroksida (berubah color) selepas 3-4 minggu boleh letak butter. tapi cikgu saya yg dr melaka ckp jangan letak butter nanti dia akan lebih cair. tapi saya tak letak butter pom. malas disamping boleh jimat kos.
5. pewarna coklat, selalu anda tengok coklat berwarna warni kan.sllnya org buat untuk coklat hantaran. sebenarnya dia memang ada pewarna khas coklat.-bukan pewarna kuih yer, tu dah menrosakan namanya dengan sengaja memasukan air dalam coklat .
sebenarnya untuk mendapatkan pewarna coklat tersebut memang susah. kena order on9 jer. kat kedai2 jarang jual sebab mahal sangat. dan nak cari yang tanda halal tu memang sukar. so saya mmg xsuka coklat yang berwarna-warni. xsurekan halal ker x. coklat yang warna warni kat kedai tu pom, mmg sgt mahal, tapi xdak tanda halal.- so pilihan ditangan anda.
sekian info coklat.
Wednesday, 20 July 2011
resipi yang gagal (JAGUNG)
Jagung
ingatkah anda resipi ini http
http://resipirasia.blogspot.com/2011/07/betik.html
saya dengan begitu kreatif telah memperbaharuhi resipi ini dengan satu bahan yang memang saya gemari iaitu jagung.
saya sangat mengemari jagung kerana:
- Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati kerana terdapatnya antioksidan.
- Ia juga boleh menurunkan tekanan darah serta melawaskan pembuangan air kecil.
- Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh.
-Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori.
Kandungan Nutrition:
Jagung muda kaya dengan
- protein,
- beta-kerotina,
- vitamin A,B1,B6,C dan K,
- kalsium,
- fosforus,
- zat besi,
- serat tinggi
- dan mengandungi sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan.
cerita menyedihkan:
melalui resipi http://resipirasia.blogspot.com/2011/07/betik.html
selepas memanaskan susu cair dengan sedikit air,
serta merebus sagu tersebut, setelah sejuk baru letakan buah betik....
serta merebus sagu tersebut, setelah sejuk baru letakan buah betik....
Tersebutlah kisah, ingin mencampurkan jagung di dalam manisan tersebut untuk lebih nyaman konon.
Maka saya rebus jagung yang telah di parut, sampy empuk.
kemudian masukan sagu,
kemudian masukan sagu,
setelah agak masak,
perlahankan api dan masukan susu pekat sikit
dan masukan susu cair penganti santan.
perlahankan api dan masukan susu pekat sikit
dan masukan susu cair penganti santan.
konfemlah bila masuk susu mesti letak garam sikit baru ada rasa lemak-lemaknya.
time rasa, wow agak sedap juga...
setelah sejuk, dengan sungguh excited saya pun masukkan semua buah betik yang dikisar ke dalam periuk tanpa try masuk amaount sedikit dlu.
wow, time rasa....emmmm memang sedap....
(kakak saya pun suka sampy ambil gambar nak letak kat FB)...
Sebab banyak sgt masak dia ckp nak bw p ofis lah sikit esok......
(kakak saya pun suka sampy ambil gambar nak letak kat FB)...
Sebab banyak sgt masak dia ckp nak bw p ofis lah sikit esok......
setelah 30 minit, apa yang berlaku?????
rasa manisan menjadi pahitan...huhuhu
sangat pahit dan berair...
MMaka saya membuat kesimpulan resipi ini gagal kerana telah mengalami tindak balas kimia yang tidak dapat saya fahami.
Klu ada alat ujikaji mungkin saya boleh uji bahan apa yang telah mengalami pengoksidaan atau penurunan sehingga terlalu pahit...
bau macam fomaldehit...
hehehehe
sekian al-kisah memasak masakan yang gagal.
kesimpulannya,
jika ingin mencuba resipi yang belom pasti mekesure
buat dgn amaunt yg sedikit.
resipi jagung ke-2
selalunya kita nampak jagung rebus, bakar, bubur, kukus.. mcm2 lagilah ..
hari nie kita try resipi cucur pulak.....
Resepi Cucur Jagung
Bahan-bahan
1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
Minyak untuk menggoreng
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakannya
1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 – 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 – 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.

ATAU
JAGUNG CAWAN:
AL-KISAH
Dulu saya memang xgemar jagung cawan ni.
first tima makan ketika di UK.
Bukan di united kingdom yer....
Ujana Kewangan di Labuan...(tempat paling famous student)
kerana saya merasa makanan ini tidak sihat, (rasa marjerin dan penuh dengan minyak)...
dalam hati macamnalah kawan saya boleh makan bendalah nie...
tak sihat langsung, cakap nak diet?... tapi terpaksa jugalah makan sebab member dah belanja, takkan nak buang pulak...
setelah 4 tahun berlalu, saya tak pernah lagi menjamah makanan tersebut. masih terbang-bayang di fikiran rasa kurang enak di leher.
saya masih ingat lagi dialog antara saya dengan student yang berniaga di gerai pameran uitm Shah Alam.
student hensem: kak! xnak beli ker?
saya: tak per lah adik tak suka jagung cawan..
student hensem: akak jgn ckp mcm tu, confem lepas try esok akak mesti beli lagi. belilah manatau ada member2 nak makan.
belilah satu nak beli untuk anak jiran sebelah booth pameran kitaorang. masih ingat lagi kenakalan budak tersebut sampay skrg. gemuk n comey
saya: bagilah saya 1
student hensem: nak perisa apa?
saya: apa2lah yg paling sedap...
student hensem: nak black paper atau white paper (lada putih)?
saya: black paper? kegemaran saya tu, bagilah saya black paper.
tiba-tiba kawan saya muncul.
saya: bagi satu lagi white paper.....
student hensem: taknak try yang mix ker?
saya: xperlah esokan ada lagikan, manatau xsedap.
kawan saya: sedaplah jagung cawan nie...
saya pun ikut merasa... wow sedapnya, tiba2 terfikir xjadilah bagi kat budak tu sebab sedap sangat...
memang sedap....keesokannya saya datang lagi bawa member2 lain, nak mencuba resipi mix black and white... sampai sekarang saya telah menjadi pengemar jagung cawan........
resipi dia:
- jagung kukus
- susu sejat dan krimer
- black paper, white paper atau mix saja....
- tiada merjerin so memang xrasa minyak....
- ada lagi kot bahan lain, tp xperasan apa lg...
sekian cerita hari ini...
Monday, 18 July 2011
egg tofu
EGG TOFU
makanan ini mudah lagi berkhasiat. Resipi ini sesuai bg mereka yang gemar mengambil hidangan yang agak berat ketika breakfast.
Bahan2:
3 paket egg tofu (dihancurkan guna garfu)
3biji telur ayam (omega-3)
1sudu udang kering (dipotong kecil2)
3-5 tgkai daun bawang (hiris nipis)
1/2 sudu tepung jagung
secubit garam
secubit rempah ratus (ikut suka)
cara2:
1. egg tofu (halal) dilenyek mengunakan garfu klu berair toskan
2. pecahkan telur dalam mangkuk siap2, sebaiknya gunalah telur omega 3.(baik utk otak n kdgn kolestrol)
3. tepung jagung dibancuh dengan air sedikit, bersama garam dan rempah. rempah apa yang ada kat rumah, boleh juga guna serbuk lada hitam atau putih ikut suka, tapi saya suka guna rempah-ratus MAMA LIZA sebab rasa herba tulen.
4. tumiskan udang kering yg siap di basuh dan dipotong guna pisau kecil2...
5. masukan telur tadi bersama tofu (perlahankan api).
6. air bancuhan jugak dimasukan.
7. masukan daun bawang yang telah dihiris.
8. setelah agak kering, bolehlah di angkat dan di hidang.
9. Boleh letak sayur kacang pnjang dihiris nipis atau lobak dipotong halus kalau nak lebih sihat....
cara menghidang:
1. jika hendak makan ketika sarapan, bolehlah dihidang bersama roti buat seperti sandwich. letak sikit tomato atau timun.
2. jika dimakan waktu dinner, bolehlah ikut gaya orang jepun, guna daun salad, bungkus dengan daun salad dan makannnnn.....
fakta nutrition:
berasaskan telur dan kacang soya.
- mengandungi isoflavin yang boleh menghindari dari kanser.
- mengandungi asid amino yang baik untuk otak
- mengandungi vitamin A
- tinggi vitamin D
- jika mengunakan telur omega 3 baik untuk kulit dan juga otak disamping mengurangkan tekanan darah.
- kebaikan makanan ini mudah dicerna (lembut) dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalani tugas harian anda.
fakta kalori:
tofu lembut 300g
carb: 13.6g
lemak: 0.1g
protein: 13.8g
kalori: 110kcal
nisbah: 0.37kcal/g (darab dgn jumlah g yang di ambil)
Subscribe to:
Posts (Atom)

