Friday, 19 August 2011
coklat
Alhamdulillah hari nie diberi kesempatan mengunjungi ruangan ini.sementara sedang menungu butter saya menjadi lembut dalam 1-2 jam... nak bt kek lapis. tp bukan butter churn yer.....
bukan sibuk sangat pom, tapi seperti biasalah manusia mempunyai graph kadang naik kadang turun...
semenjak start puasa, graph menurun pulak, bukan malas, tapi dah kurang masak, kalau dulu masak 3x sehari, nie dah jadi sekali jer masak.
bukan xmasuk dapur langsung, tapi saya rasakan semenjak bulan ramdhan ni lah masa saya plg bayk kat dapur- ~adalah sikit tempahan dari jiran tetangga dan juga sahabat handai.
hari nie nak cerita pasal coklat masakan...
saya bukan lah arif sangat pasal coklat, sekadar pengetahuan basic jer, tapi mungkin memberi sedikit info kepada mereka yang baru mengenali coklat.
cooking coklat-
yang orang guna nak buat biskut2 raya kalau nak jimat pakai coklat biasa saja (2.5kg), takda jenama pom, (paling murahlah)- semanjak kat sabah saya jumpa coklat yang jenis black coklat kat bake with me putatan.
selalunya dark/black coklat nie pahit. tp yang kat bake with me saya xrasa pom dia pahit. coklat ni memang color hitam pekat dan agak liat.
so far saya tak jumpa lagi jenis coklat (choclate) jenama Aneka di sabah nie, selalunya coklat jenis nie lebih manis dan sederhana pahit. - selalu orang guna untuk buat almond.
COKLAT TIRUAN
Tapi kalau nak beli coklat masakan, terutama yg xdak jenama ni, pilih yang coklat tu xmudah pecah. liat and keras. % kandungan coklat dalamnya lebih tinggi. jika anda lihat coklat tersebut retak2 and kalau anda patah pun dia memang patah, memang coklat tiruan... compound gula mmg agak tinggi. - selalunya color agar pudar.
coklat macamni kalau dah terbeli hanya sesuai masuk sekali dalam adunan kek sajalah.
masalah coklat tiruan ni, kalau kita cairkan dia tak akan cair. tambah pekat dan likat.
white coklat.
white coklat pun ada dua jenis, selalunya nak buat hiasan zigzag kat atas biskut.
kalau anda jumpa (white coklat) yang color nya memang putih, coklat ni jenis yang cepat mengeras semula selepas anda cairkan. so kalau anda nak guna untuk paiping, kena paiping dalam keadaan panas2 lah.~sakit tangan tau kena sedia tuala basah kat tepi.
kebaikan dia, coklat cepat kering, so bolehlah anda packing cepat2 biskut sebelum masuk angin....
kekurangan dia, coklat ni akan mudah berketul kalau lambat nak paiping, xberapa sesuai kalau nak jadikan coklat hiasan yang berbentuk huruf. sebab coklat agak cair dan akan mengalir dengan cepat, susah nak menulis.
coklat (white coklat) color agak cream(kekuningan). coklat jenis nie sesuai dijadikan coklat perasa, bukan sebagai hiasan, sebab rasa dia agak mcm creamy sikit, dan agak sesuai dicampur dengan coklat susu untuk buat coklat2 hantaran. coklat ni juga sangat lambat nak keras semula selepas dicairkan.
kebaikan: rasa agak sedap, boleh jadikan coklat celup biskut. boleh guna kalau nak hias biskut yang memang berjuta2 biji dalam sehari, kerana lambat keras dan boleh buat dalam keadaan relax, jimat (guna sikit jer kalau dia agak keras),boleh buat hiasan berbentuk huruf.
kekurangan: disebabkan agak lambat nak keras, so lepas cairkan kena tunggu dlm 20-30 minit sebelum nak paiping kat atas biskut. terutama biskut almond atau biskut coklat yang lain. maksud saya disini coklat ni sangat cair, so kalau nak paip kelajuan dia macam air mengalir, mmg susah and hasilnya, biskut pom xberapa nak cantik. kadang2 kalau terlebih keras pom susah jugak, sebab bila dia dah keras sangat, agak susah nak picit keluar, banyak ketulan coklat yang menghalang. lepas paiping pom coklat ni mmg agak lambat lg nak keras, so xberapa sesuai untuk biskut jenis bertepung yang memang kena simpan dengan cepat dalam kedap udara.
cara mencairkan coklat
1. kalau nak cairkan coklat kena pakai teknik double boil. iaitu panaskan air pada satu periuk, kemudian, gunakan satu lagi periuk yang agak besar dari periuk dibawah, untuk letak ketulan coklat anda. selalu ptong dadu coklat anda sebelom boil. dan pastikan tidak ada sebarang air yang terkena pada coklat anda. seeloknya waktu double boil tu guna api sederhana atau kecil sahaja, agar tidak ada wap air yang mengenai coklat anda. kalau dah terkena air, anda telah wastekan coklat tersebut. sbb memang dah xboleh pakai-xakan cair bahkan rupa dia mmg mcm coklat buruk yang tumbuh kulapok...hweuuuu
2. untuk cairkan dark/black/coklat boleh letak butter 5-10% drpd amount coklat bertujuan nak bagi shining dan likat. ikut kesesuaian tujuan coklat dicairkan, contoh klu nak guna untuk buat almond london boleh guna 10% butter maka almond akan cepat kering dan shining. tapi kalau untuk biskut yang nak coklat agak cair, guna 5% cukup lah.
ketika nak masuk butter, biarkan saja butter tu mencair sendiri. iaitu lepas cairkan coklat, masukan butter sampai dia jadi agak berminyak. baru kita kacau so akan lebih shining.... ~ jangan guna margerin.
3. selain gunakan butter untuk shining, ada satu oil yang dicampurkan kat coklat. xingat apa nama dia, packaging dia sll kat dalam botol kecil2 tu @botol pewarna. tapi sangat mahal.
4. white coklat xpayah letak butter, tapi ni saya belom pastikan kesahiannya. sebab ikut cikgu saya yang dri serawak kalau xnak white coklat teroksida (berubah color) selepas 3-4 minggu boleh letak butter. tapi cikgu saya yg dr melaka ckp jangan letak butter nanti dia akan lebih cair. tapi saya tak letak butter pom. malas disamping boleh jimat kos.
5. pewarna coklat, selalu anda tengok coklat berwarna warni kan.sllnya org buat untuk coklat hantaran. sebenarnya dia memang ada pewarna khas coklat.-bukan pewarna kuih yer, tu dah menrosakan namanya dengan sengaja memasukan air dalam coklat .
sebenarnya untuk mendapatkan pewarna coklat tersebut memang susah. kena order on9 jer. kat kedai2 jarang jual sebab mahal sangat. dan nak cari yang tanda halal tu memang sukar. so saya mmg xsuka coklat yang berwarna-warni. xsurekan halal ker x. coklat yang warna warni kat kedai tu pom, mmg sgt mahal, tapi xdak tanda halal.- so pilihan ditangan anda.
sekian info coklat.
sy suka pnerangn kak tp boleh sy tahu kak pakai coklat keras 2 jenama apa?
ReplyDeleteboleh kak whatsapp kat no nie 0194399083..
tq kak
xdak jenama... waktu buat blog nie masa tu baru belajar pasal coklat, sekarang dah tau, kalau nak cepatkan coklat tu mengeras dan tidak mencair semula selepas dipaking masukkan sekejap dalam peti sejuk.... memang tak akan mencair semula...
DeleteMasuk dlm peti freezer atau chiller sis
ReplyDelete