Thursday, 14 July 2011

KURMA

KURMA

Kurma juga dikenali sebagai rubttob (kurma basah) atau tamar (kurma kering).
Kurma merupakan makanan kegemaran rasulullah. Baginda memerintahkan pengikutnya untuk memakan kurma, malah lebih dari itu baginda menyatakan bahawa kurma dapat memberi kekebalan tubuh dari racun dan sihir, seperti yang di sebut dalam hadis ini,
“barangsiapa yang setiap pagi hari makan tujuh biji kurma yang terbungkus, maka pada hari itu dia menjadi kebal dari racun dan sihir,” (hr.bukhari).
Keberkatan dalam buah kurma ini begitu ditekankan sekali sehingga baginda menganjurkan umatnya berbuka puasa dengan buah kurma. Seperti yang terdapat dalam sabdanya;
“apabila seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma kerana ia mengandungi berkat, dan jika tidak mendapatkan kurma, maka berbukalah dengan air, kerana ia membersihkan”.
Terdapat sesuatu kekurangan bagi kita di malaysia ini, kurma yang di import kebanyakkan adalah agak kering (xfresh) dibulan-bulan lain selain bulan ramadhan. Jadi saya mensyorkan anda merendam dalam air 1-3 jam lebih awal sebelum anda berbuka puasa. Ini kerana kandungan air dan gula akan lebih mudah di serap oleh tubuh dan cukup untuk menghilangkan rasa haus sepanjang hari. Sekaligus mengurangkan anda mengambil terlalu banyak air manis lain ketika berbuka. Selamat diet anda disamping memudahkan anda terawih, tidak banyak sangat air dalam perut.
Jika anda ingin membeli kurma pastikan kurma tersebut tidak disaluti dengan gula pasir, kerana ia akan merosakkan diet anda.
Saya lebih syorkan anda membeli kurma yang masih bertangkai, (safia- yusuf taiyoob) bukan untuk promot, agar anda tidak tertipu dengan kurma dipasaran yang telah disaluti gula biasa bagi menarik perhatian anda melihat kulitnya yang berkilat.

1.0       SAJIAN KURMA RASULULLAH SAW.

1.1       kurma bercampur timun

Rasulullah saw pernah mencampur kurma dengan mentimun sebagai makanan baginda.
Berdasarkan cerita abdullah bin ja’far;
“aku pernah melihat rasulullah saw makan mentimun dengan kurma”

Bila diperhatikan kurma yang bersifat manis akan dapat di seimbangkan dengan rasa mentimun yang tawar dan berair. Ini akan memberi keselesaan kepada kita agar orang yang tidak gemar makanan manis masih dapat mengamalkan sunnah nabi ini.

RESIPI SAYA:

5 biji      kurma (buang biji)
5cm       timun
10g        buah anggur

blend semua minum setiap pagi.....

1.2       kurma dengan susu
Rasulullah saw menyukai kurma dan susu, dimana baginda sentiasa memakan dan meminumnya. Sebagai mana yang dikisahkan dalam hadis berikut;
Diriwayatkan Al-Hakim dari Aisya Radiallahuanha, dia menceritakan; nabi saw menyebut kurma dan susu sebagai atyabani (dua hal yang paling baik).
Jadi kalau susah-susah nak fikir apa hidangan di pagi hari, breakfastlah dengan amalan nabi ini, agar mendapat keberkatan.

1.3       minuman rendaman kurma.
Pernah di ceritakan bahawa rasulullah juga meminum rendaman buah kurma pada pesta perkahwinan dan juga acara-acara lain.
Minuman ini juga di kenali sebagai nabidz (rendaman kurma atau angur).
Kurma tersebut direndam sehingga hancur, dan ianya masih boleh diminum selagi tidak ada perubahan atau masih manis. (tidak memabukan)
Mengikut cara rasulullah saw, ia akan miminumnya sebelum tiga hari dari rendaman, dimana nabidz masih tidak mengalami perubahan.
Menurut jariyah yang selalu membuat nabidz untuk rasullullah, apabila dia membuat nabidz pada malam hari, maka baginda akan meminumnya pada keesokan harinya.
Baginda juga minum campuran : madu, nabidz, air dan susu.
Tengok minuman rasulullah sunguh berkhasiat, jadi apalagi yang anda tunggu cubalah resipi ini, walu sekali dalam seumur hidup. Sekurang-kurangnya kita tahu ia minuman yang pernah diminum Rasulullah SAW.  

1.4       kurma dengan roti gandum
Disebabkan kita makan nasi, jadi kalau anda berpeluang makan roti gandum ikutlah cara nabi menjadikan kurma sebagai lauk kepada roti. Saya pun tidak dapat bayangkan macamna resipi zaman nabi membuat roti. tapi menurut bacaan, nabi meletakan tepung gandum diatas kuali dan memasukan minyak lalu memasaknya dengan sedikit madu tanpa air. Sumber minyak apa pun tidak dapat dipastikan. Masih dalam pencarian. Mungkin minyak zaitun atau minyak samin (sapi).

2.0       SAJIAN KURMA YANG BOLEH DI PRAKTIK:
Disebabkan kurma ini mempunyai banyak khasiat maka bolehlah mempraktikan resipi di bawah jika ada kelapangan;

2.1       koktail kurma
Bahan;
200 gram        nanas (potong dadu)/tin
100 gram        kurma (hiris)
200 gram        buah laici
400 gram        ais batu
2 tsp                jeruk lemon
350ml              air

Cara;
1. Jeruk lemon dan air didihkan @ suam, kalau nak manis blh letak gula pasir/perang.
2. Bila air dah sejuk bolehlah masukan buah-buah tadi,
3. Setelah sejuk letakanlah ais tadi.
4. Buah-buah yang digunakan boleh diganti dengan sebarang buah kegemaran anda yang lain.


2.2       juice kurma

Bahan:
5bj       kurma
2bj       buah markisah
1iris     lemon/limau nipis
7ketul  ais batu
200g    air mineral

Cara:
1. Kurma dibuang biji dan di blend bersama air
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain.
3.minum


3.0       KHASIAT KURMA MENGIKUT KAJIAN SAINS

1.         Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
2.         Menurut kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
3.         Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

4.         Jean Carper dalam bukunya Food, Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin (ubat tahan sakit) . Kurma kering, katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin.

4.0       SEJARAH
4.1       Pernah ka anda mendengar sejarah Mariam Radiallahuanha, ketika melahirkan Nabi Isa A.S dalam keadaan yang lemah dan tidak bertenaga. Dimana Allah SWT telah mengilhamkannya melalui Nasi Isa A.S, yang boleh berkata-kata agar mengoyangkan pokok kurma, lalu jatuhlah buah-buah kurma yang masak lagi lazat. Mariam R.A pun berasa senang dan bertenaga semula.  

5.0       KOMEN
Menurut bacaan saya juga, ketika haid, seseorang perempuan itu, akan kekurangan sumber zat besi, salah satu tanda besar anda kekurangan zat besi adalah terdapatnya ketulan yang sakit pada lidah atau gusi. So, untuk mendapatkan sumber zat besi, kurma memiliki zat tersebut.
Samalah juga di awal-awal tempoh kehamilan di mana doktor menasihatkan anda mengambil supliment asid folik untuk menambah darah dalam badan, di samping menguatkan rahim anda. Kadang-kadang anda terpaksa mencari alternative lain jika malas nak makan ubat dengan mengambil sumber-sumber lain seperti sayur bayam dan sebagainya. Jika jemu makan hati lembu dan bayam makanlah buah kurma yang sememangnya menjadi sunnah nabi dan buah yang penuh khasiat disebut-sebut di dalam Al-Quran.
selamat mencuba dan selamat beramal dalam penantian menjelang Ramadhan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment