Friday, 15 July 2011

Vitamin B dan C (larut air)

VITAMIN B DAN C (LARUT AIR)
         VITAMIN B

vitamin B mempunyai beberapa series, iaitu vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), asam nikotinat (Niacin), vitamin B5 ( asam pantotenat), Vitamin B6 (pyridoxine, vitamin B8 (biotin). Vitamin B12 (kobalamin),  Folasin (Folat). B-kompleks bermaksud semua series tersebut ada dalam satu sumber. antara contohnya ialah kuning telur yang separa masak, bagus untuk pertumbuhan otak. 

1.1          vitamin B1
Vitamin B1 atau Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demikian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan. 
Vitamin B1 boleh diperolehi daripada gandum atau hasil gandum, kacang pis, kacang, tepung yang diperkayakan, ikan, kacang tanah, dan daging adalah sumber-sumber yang kaya dengan   vitamin B1.
Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
-           Kegelisahan, gangguan tidur.
-           Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit,
-           bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki,
-          kesakitan dan kegagalan jantung.
-           Sakit pada bahagian abdomen.
-           Sembelit
-           Gangguan mental atau emosi.

 

1.2          vitamin B2

Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan katarak. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protein. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6. 
Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh membantut fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2. 
Kandungan tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju, putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam, biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk  asparagus, avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air. 

kekurangan vitamin B2 menyebabkan:
-          keletihan, lemah badan
-          bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan tepi mulut
-          lemah daya penglihatan, photophobia
-          kulit gatal, pening, rambut gugur dan insomnia
-          lemah daya penghadaman, membantut pembesaran,
-          lembap dalam tidak balas mental.
 

1.3          vitamin B3
Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia  dan ia juga sebagai menambah ingatan.

Niacin dan niacinamide didapati daripada hati lembu, ragi yang ditapai, kobis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma,  telur, fish, susu, kacang tanah, ubi kentang,  tomato, gandum, dan hasil gandum. 
Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Pellegra,sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.
 

1.4          vitamin B5

Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress",  pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.  Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan  penting yang terlibat dalam  kebanyakkan fungsi metabolisma.  Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).  

Makanan berikut mengandungi pantothenic Acid : daging lembu beef, ragi yang ditapai, telor, sayuran segar, buah pinggang, hati, kulat, kacang, royal jelly, ikan air masin, torula ragi, tepung dibuat dari rair, dan gandum.
KESAN KEKURANGAN:
-          Keletihan, lemah badan
-          sakit kepala
-          loya, muntah
-          lemah daya tahan kpd jangkitan salur pernafasan
-          kebas dan sesamut pada kaki
-          kajang otot


1.5          vitamin B6
 Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses merungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.  Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA   dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular.
Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti.
Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi amaun yang tertinggi : ragi yang ditapai, lobak merah, ayam , telur, ikan, daging, kacang pis, bayam, biji bunga matahari dan walnuts. Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kobis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempee. 

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Kegelisahan.
-          Depressi ( rasa tertekan).
-          Penyakit kulit.
-          Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
-          Anemia.
-          Sawan, pada bayi.


1.6          vitamin B8
Biotin juga memelihara agar kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot. 
Biotin diperolehi daripada ragi yang ditapai, telor putih yang dimasak, daging, susu, ternakan ayam dan itik, ikan air masin, kacang soya, dan biji-bijian.
Kekurangan Biotin boleh menyebabkan :
-          Keletihan dan lemah badan.
-          Kurang selera makan.
-          Rambut gugur.
-          Bengkak lidah
-          Ruam kulit (eczema).
-          Gangguan emosi.


1.7          VITAMIN B12
Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran.
Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. 
Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman.
Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.
Vitamin B12 is didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan , susu dan hasilnya , telur, daging , dan ayam/itik .
Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians.
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan :
-          Keletihan, lemah badan.
-          Megaloblastic anaemia.
-          Sakit mulut dan lidah.
-          Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang.
-          Gangguan mental dan emosi.

VITAMIN C
2.1          FUNGSI
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
 Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. 
 Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.
Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis".
Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 

2.2          SUMBER
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing.
Sumber Vitamin C yang baik adalah :
-          Jambu batu
-          Betik
-          Belimbing
-          Mangga
-          Buah Sitrus (Limau)
-          Sayuran berdaun hijau
Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 


2.4          KESAN KEKURANGAN

-          Kurang daya tahan; Sakit-sakit dan sengal badan.
-          Hidung berdarah.
-          Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
-          Anemia

Thursday, 14 July 2011

KURMA

KURMA

Kurma juga dikenali sebagai rubttob (kurma basah) atau tamar (kurma kering).
Kurma merupakan makanan kegemaran rasulullah. Baginda memerintahkan pengikutnya untuk memakan kurma, malah lebih dari itu baginda menyatakan bahawa kurma dapat memberi kekebalan tubuh dari racun dan sihir, seperti yang di sebut dalam hadis ini,
“barangsiapa yang setiap pagi hari makan tujuh biji kurma yang terbungkus, maka pada hari itu dia menjadi kebal dari racun dan sihir,” (hr.bukhari).
Keberkatan dalam buah kurma ini begitu ditekankan sekali sehingga baginda menganjurkan umatnya berbuka puasa dengan buah kurma. Seperti yang terdapat dalam sabdanya;
“apabila seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma kerana ia mengandungi berkat, dan jika tidak mendapatkan kurma, maka berbukalah dengan air, kerana ia membersihkan”.
Terdapat sesuatu kekurangan bagi kita di malaysia ini, kurma yang di import kebanyakkan adalah agak kering (xfresh) dibulan-bulan lain selain bulan ramadhan. Jadi saya mensyorkan anda merendam dalam air 1-3 jam lebih awal sebelum anda berbuka puasa. Ini kerana kandungan air dan gula akan lebih mudah di serap oleh tubuh dan cukup untuk menghilangkan rasa haus sepanjang hari. Sekaligus mengurangkan anda mengambil terlalu banyak air manis lain ketika berbuka. Selamat diet anda disamping memudahkan anda terawih, tidak banyak sangat air dalam perut.
Jika anda ingin membeli kurma pastikan kurma tersebut tidak disaluti dengan gula pasir, kerana ia akan merosakkan diet anda.
Saya lebih syorkan anda membeli kurma yang masih bertangkai, (safia- yusuf taiyoob) bukan untuk promot, agar anda tidak tertipu dengan kurma dipasaran yang telah disaluti gula biasa bagi menarik perhatian anda melihat kulitnya yang berkilat.

1.0       SAJIAN KURMA RASULULLAH SAW.

1.1       kurma bercampur timun

Rasulullah saw pernah mencampur kurma dengan mentimun sebagai makanan baginda.
Berdasarkan cerita abdullah bin ja’far;
“aku pernah melihat rasulullah saw makan mentimun dengan kurma”

Bila diperhatikan kurma yang bersifat manis akan dapat di seimbangkan dengan rasa mentimun yang tawar dan berair. Ini akan memberi keselesaan kepada kita agar orang yang tidak gemar makanan manis masih dapat mengamalkan sunnah nabi ini.

RESIPI SAYA:

5 biji      kurma (buang biji)
5cm       timun
10g        buah anggur

blend semua minum setiap pagi.....

1.2       kurma dengan susu
Rasulullah saw menyukai kurma dan susu, dimana baginda sentiasa memakan dan meminumnya. Sebagai mana yang dikisahkan dalam hadis berikut;
Diriwayatkan Al-Hakim dari Aisya Radiallahuanha, dia menceritakan; nabi saw menyebut kurma dan susu sebagai atyabani (dua hal yang paling baik).
Jadi kalau susah-susah nak fikir apa hidangan di pagi hari, breakfastlah dengan amalan nabi ini, agar mendapat keberkatan.

1.3       minuman rendaman kurma.
Pernah di ceritakan bahawa rasulullah juga meminum rendaman buah kurma pada pesta perkahwinan dan juga acara-acara lain.
Minuman ini juga di kenali sebagai nabidz (rendaman kurma atau angur).
Kurma tersebut direndam sehingga hancur, dan ianya masih boleh diminum selagi tidak ada perubahan atau masih manis. (tidak memabukan)
Mengikut cara rasulullah saw, ia akan miminumnya sebelum tiga hari dari rendaman, dimana nabidz masih tidak mengalami perubahan.
Menurut jariyah yang selalu membuat nabidz untuk rasullullah, apabila dia membuat nabidz pada malam hari, maka baginda akan meminumnya pada keesokan harinya.
Baginda juga minum campuran : madu, nabidz, air dan susu.
Tengok minuman rasulullah sunguh berkhasiat, jadi apalagi yang anda tunggu cubalah resipi ini, walu sekali dalam seumur hidup. Sekurang-kurangnya kita tahu ia minuman yang pernah diminum Rasulullah SAW.  

1.4       kurma dengan roti gandum
Disebabkan kita makan nasi, jadi kalau anda berpeluang makan roti gandum ikutlah cara nabi menjadikan kurma sebagai lauk kepada roti. Saya pun tidak dapat bayangkan macamna resipi zaman nabi membuat roti. tapi menurut bacaan, nabi meletakan tepung gandum diatas kuali dan memasukan minyak lalu memasaknya dengan sedikit madu tanpa air. Sumber minyak apa pun tidak dapat dipastikan. Masih dalam pencarian. Mungkin minyak zaitun atau minyak samin (sapi).

2.0       SAJIAN KURMA YANG BOLEH DI PRAKTIK:
Disebabkan kurma ini mempunyai banyak khasiat maka bolehlah mempraktikan resipi di bawah jika ada kelapangan;

2.1       koktail kurma
Bahan;
200 gram        nanas (potong dadu)/tin
100 gram        kurma (hiris)
200 gram        buah laici
400 gram        ais batu
2 tsp                jeruk lemon
350ml              air

Cara;
1. Jeruk lemon dan air didihkan @ suam, kalau nak manis blh letak gula pasir/perang.
2. Bila air dah sejuk bolehlah masukan buah-buah tadi,
3. Setelah sejuk letakanlah ais tadi.
4. Buah-buah yang digunakan boleh diganti dengan sebarang buah kegemaran anda yang lain.


2.2       juice kurma

Bahan:
5bj       kurma
2bj       buah markisah
1iris     lemon/limau nipis
7ketul  ais batu
200g    air mineral

Cara:
1. Kurma dibuang biji dan di blend bersama air
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain.
3.minum


3.0       KHASIAT KURMA MENGIKUT KAJIAN SAINS

1.         Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
2.         Menurut kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
3.         Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

4.         Jean Carper dalam bukunya Food, Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin (ubat tahan sakit) . Kurma kering, katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin.

4.0       SEJARAH
4.1       Pernah ka anda mendengar sejarah Mariam Radiallahuanha, ketika melahirkan Nabi Isa A.S dalam keadaan yang lemah dan tidak bertenaga. Dimana Allah SWT telah mengilhamkannya melalui Nasi Isa A.S, yang boleh berkata-kata agar mengoyangkan pokok kurma, lalu jatuhlah buah-buah kurma yang masak lagi lazat. Mariam R.A pun berasa senang dan bertenaga semula.  

5.0       KOMEN
Menurut bacaan saya juga, ketika haid, seseorang perempuan itu, akan kekurangan sumber zat besi, salah satu tanda besar anda kekurangan zat besi adalah terdapatnya ketulan yang sakit pada lidah atau gusi. So, untuk mendapatkan sumber zat besi, kurma memiliki zat tersebut.
Samalah juga di awal-awal tempoh kehamilan di mana doktor menasihatkan anda mengambil supliment asid folik untuk menambah darah dalam badan, di samping menguatkan rahim anda. Kadang-kadang anda terpaksa mencari alternative lain jika malas nak makan ubat dengan mengambil sumber-sumber lain seperti sayur bayam dan sebagainya. Jika jemu makan hati lembu dan bayam makanlah buah kurma yang sememangnya menjadi sunnah nabi dan buah yang penuh khasiat disebut-sebut di dalam Al-Quran.
selamat mencuba dan selamat beramal dalam penantian menjelang Ramadhan tidak lama lagi.

Sunday, 10 July 2011

ambuyat

Ambuyat  merupakan makanan alternatif  kepada beberapa suku atau bangsa di Borneo selain daripada nasi. Bersifat lekit @ gummy. Ada juga mengatakan ambuyat ini berkebolehan membuat kulit para pengemarnya akan lebih lembut atau cerah. 

Makanan ini lazimnya dimakan oleh suku kaum Brunei, Bisaya, Bajau, Kadayan . untuk makluman terdapat pelbagai bangsa di Sabah. Bangsa-bangsa yang di nyatakan tadi merupakan bangsa yang menganuti agama Islam.  Antara contoh lain, bangsa Sino, Kadazan dan Dusun atau Sungai selalunya menganuti agama Kristian.  Kadazan dan Dusun merupakan kaum Majoriti di Sabah.

Ambuyat berasal daripada pokok rumbia. (Tak semua orang makan ulat rumbia yer). Terdapat beberapa proses sebelum ianyanya menjadi ambuyat.  Ambuyat yang masih mentah dikenali sebagai Ambulung oleh kaum Brunei.

Pokok Rumbia  > Ambulung @ Sagu > Ambuyat
Proses menghasilkan Ambulung dinamakan proses Mengarus. 

Selalunya ambuyat dimasak mengunakan air  yang sangat panas ( air yang mengelegak). Jika mengunakan kettle ketika memasak air panas, jarang berhasil menjadi ambuyat.

Ada beberapa cara untuk memasak Ambuyat, ada yang masak di kuali, ada juga yang masak air panas tuang terus keatas Ambulung. Cara yang paling selamat adalah masak di dalam kuali, konfem jadi tapi agak susah. Berbanding masak air panas lalu dituang ke atas ambulung. Proses ‘memasak’ ini juga dikenali sebagai proses ‘menumpah’. So orang tak kata memasak ambuyat tetapi orang akan kata menumpah ambuyat.

Kaum Brunei selalunya mengunakan cara memasak air panas, kerana cara ini lebih mudah. Tapi beresiko tinggi bagi mereka yang belum biasa, kerana mungkin akan terdapat ketulan putih-putih (ambulung tidak masak). Jika terkurang air ambuyat akan keras, dan jika terlebih air dia akn menjadi lembik. Jika lambat untuk mengaul air dengan rata juga akan menyebabkan ambuyat berketul  putih.

Ambuyat selalunya akan dimakan dengan kuah atau juga dipangil cacah. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Ada yang mengunakan kuah kari, kuah ikan rebus, kuah tempoyak, atau kuah ikan. Selalunya kuah atau cicah ini akan dimodified menjadi lebih berasa iaitu lebih masam dan pedas. Dicampur  bawang merah dan jeruk membangan. Untuk makluman jeruk membangan hanya terdapat di area Bornoe. Iaitu sejenis buah mangga yang sangat-sangat  masam, kulitnya  tebal berwana kelabu coklat.

Ambuyat hanya sedap apabila panas, jika sejuk ia akan menjadi keras. Kaum Brunei selalunya mengunakan candas yang diperbuat dari buluh untuk makan. Tapi ada juga yang mengunakan sudu atau garfu. Terpulang bagaimana ia di sajikan keranaperbezaan kaum ketika makan ambuyat juga berbeza. Contohnya bagi kaum Bajau, mereka mengunakan sudu kerana mereka makan di atas pingan masing-masing bersama kuah sendiri. Tapi tidak bagi kebanyakan kaum Brunei yang makan berjemaah dalam satu basen. Dan kuah juga di kongsi bersama. Maka sebaiknya semua lauk-pauk dan juga kuah di sediakan terlebih dahulu sebelum menumpah ambuyat.

Ambuyat ini menyebabkan kita akan berasa sangat kenyang ketika memakanya, tetapi cepat juga berasa lapar semula. Ini kerana ambuyat lebih kepada sumber karbohirat berair. So bagi mereka yang ingin menjaga diet agar tidak nampak buncit, makanan ini tidak berapa sesuai.

CARA MENYEDIAKAN KUAH AMBUYAT. 

Disebabkan rumah bujang, so kelengkapan adalah kurang sana-sini. Kali ini saya menyediakan kuah isi ikan. Semua jenis ikan sesuai, tapi disebabkan ikan basung paling murah rm2 sekilo maka saya mengunakan ikan basung. Save bajet.
 



LANGKAH 1
Ikan di rebus bersama kunyit, serai, halia dan bawang. Air rebusan jangan di buang.


                                                           
LANGKAH 2
Isi ikan di tumbuk smbil buangkan tulang-tulang ikan. plez jangan blend. nanti hancur sangat x sedap.







 

LANGKAH 3
Ambil timun dan ambil isi nya. ikut suka nak berapa biji.


 
 LANGKAH 4
Masukan isi ikan, sedikit belacan, cili padi,garam, limau kasturi, bawang merah.
sekiranya anda ada ikan masin bolehlah di masukan sekali, makesure goreng dulu ikan masin tu kemudian tumbuk. selalu guna ikan masin yang besar tu, selalu kita pangil "ikan masin buruk".

picture kuah di atas macam tak berapa menjadi 
sebab terlalu banyak air, selalu ia akanlebih pekat macamkuah laksa.
kalau pandai buat kuah laksa, pakai kuah laksa pun jadilah. 



CARA MENUMPAH AMBUYAT
 
 

LANGKAH 1
Ambulung di rendam terlebih dahulu. selalunya semalaman.alasan tak tahu. mungkin untuk membersihkan kot. 
tetapi kalau expres pun boleh juga, lepas cuci terus jak tumpah.



 


 LANGKAH 2
masukkan sedikit air. kemudian kacau. selalunya ia akan menjadi seperti serdak cecair semula.


 

LANGKAH3
Masukkan air panas yang baru mendidih.
pastikan sangat-sangat mendidih. untuk makluman
tuang air panas sampailah ambulung yang putih (cair) menjadi putih colourless
( putih seperti anda lihat gam air @ gummy)
tapi pastikan ketika melakukan tugasan ini anda tidak berkeseorangan.
kerana anda perlukan orang lain untuk menuang air panas tersebut.
tugas anda ialah sentiasa mengacau ambulung tersebut agar ia masak sekata.  
lainlah kalau dah pakar.
anda juga mesti mengacau dengan cepat agar tidak ada ketulan putih.



LANGKAH 4

picture di atas juga merupakan gambar Ambuyat yang gagal di sediakan.
kerana tidak cukup air.
(first time menumpah, semata-mata untuk entry ini. coz saya tak makan Ambuyat)
ia nampak masih putih tapi bukan putih jernih.
untuk mengetahui ia masak sempurna atau tidak,
ialah jika anda angkat mengunakan sudu
ia akan meleket dan tidak akan putus.
jika masih putus-putus, belum masaklah maksudnya.
kalau jadi begini anda nak tambah air banyak manapun ia tetap tak akan masak,
kerana air panas sudah tidak bercampur dengan bendalah ini.
Tapi jangan risau, ada cara untuk mengatasi masalah ini
masukkan ambuyat kedalam kuali atau periuk, 
tambah sedikit air panas agak2,
kemudian kacau sampay ia bertukar warna dan gummy.