Monday 26 September 2011

makanan dan kalsium

Apabila cakap pasal kalsium pasti saja anda terfikir Tulang lalu terbayang susu, itulah kesinambungan diantaranya. tp selain tulang kalsium juga penting untuk Gigi, Proses pembekuan darah,Sistem metabolisme tingkat sel,dan sistem perkembangan saraf


syukurlah kepada mereka yang perutnya boleh menerima sumber tenusu.
tapi ada antara kita yang tidak cukup bertuah memperolehi sumber kalsium melalui susu. tapi jangan bersedih ada beberapa sumber lain yang telah disediakan untuk anda.


jangan ambil mudah dengan sumber kalsium ini yer.... 
ini kerana, pernah anda tengok orang tua yang bongkok seperti melakukan ruku"
klu sebab memang nak sentiasa ruku" kepada pencipta xkisah. tapi disababkan tulang belakang sudah rapuh dan membengkok. itulah hakikat tua, masing2 ada takdir tp kita mampu mengubahnya sebelom sampai waktunya.


jangan tunggu tua, sekarang ni umur 30an sudah ada yang sll sakit tulang belakang....

kenali sumber kalsium:


1). susu
2). keju (cheese cake/yogurt/icecream/butter/mozzerella)
3). sayuran hijau (eg-brokoli/sawi/bayam)
4).kacang-kacang (kacang hijau)


so jadilah penguna bijak kalau ingin membeli makanan untuk anak2 anda. kalau nak beli makanan sampingan kat anak2 dipasaraya, pilihlah yang sewajarnya, jangan pilih makanan yang merepek-repek yang banyak pewarna (menyebabkan anak hiperactive) dan MSG (kecenderungan untuk terus makan~masalah obes).

penting:

perbanyakan juga vitamin D sewaktu mengambil kalsium, ini membantu penyerapan kalsium lebih tinggi. satu hari kita memerlukan 1000mg kalsium bersamaan 1 gelas susu. tapi bukan semua sumber kalsium ini akan diserap tubuh. mungkin half daripadanya. maka dengan turut mengambil vitamin D, ini dapat meningkatkan penyerapan kalsium.


berhati-hati:


jika anda mengamalkan diet high protien (daging/telur/ikan) pastikan anda turut meningkatkan pengambilan kalsium. kerana untuk pemecahan molekul protein anda perlukan sumber kalsium. jika paras kalsium kurang dalam darah maka kalsium pada tulang akan di gunakan. 

elakan juga pengambilan kopi (keffein)secara berterusan dan berlebihan. ini menghalang penyerapan kalsium terus kepada tulang. cara terbaik tambahkan susu (bukan creamer) kedalam kopi.


RESIPI MUDAH DAN BERKHASIAT:


mungkin selalu jak anda buat, tp xtau khasiatnya atau mungkin ada yang terlepas pandang tentang kepentingan breakfes tapi inilah yang sebaiknya sebagai pembuka metabolism pada pagi hari.  pastikan anda tidak skip breakfes setiap hari. 

jika anda breakfes tidak teratur metabolism dan energi anda juga akan up-down.

bahan-bahan:

1).  2biji telur direbus separuh masak ( multivitamin)
kuning telur (sesuai kepada mereka yg ingin menurunkan berat badan)
boleh letak bawang merah (alkaline kerana telur bersifat acidic)
letak lada sulah (white pepper juga turut meningkatkan metabolisma)
boleh letak kicap sebagai perisa.


2). carrot dan susu.
jika anda tidak boleh minum susu segar secara direct, ambillah susu segar tersebut dan blend bersama carrot atau apa saja buah yang boleh membantu anda menghilangkan rasa susu. boleh letak serbuk coklat....


maka hidangkanlah  sepotong roti. boleh tambah kacang yang kat tin tu.
nah sekarang anda sudah cukup kalsium, protein dan juga karbohidrat.


sekian.....



















Sunday 11 September 2011

kelupis




kelupis merupakan makanan orang sabah khususnya sebelah kk-papar-membakut-beaufort-sipitang








Walaubagaimanapun setiap daerah mempunyai versi masing2... 
ini kerana kelupis yang sll mak saya buat tidak sama dengan versi kelupis orang klias- beaufort buat.
kelupis mereka ada inti kelapa & udang lagi kat dalam (yg pernah sy mknlah)...
lagi advand and sedap....
sungguh enak dimakan begitu saja... tapi dah mcm pulut pangang pulak, dah jadi bukan resipi asli kelupis....
pada saya mana2 jak, ikut citarasa masing2..

bagi mereka yang tidak tahu, kelupis sama jugalah seperti lemang atau ketupat bagi org2 semananjung sana, cuma cara masak and packaging jak yg xsama... 

sebelom nak masak pastikan anda mempunyai peralatan tersebut:
1. alat pengukusan
2. kuali/periuk 
3. blender
3. daun nyirik/daun pisang
4.penyemat (lidi tajam yg dipotong pendek2)
5. santan kelapa fresh
6. daun pandan
7. beras pulut
8. garam dan gula





disebabkan resipi ni hanya dibuat time2 raya atau keramaian, maka sll mmg buat dlm kuantiti yg banyak....

langkah 1: 5biji kelapa yang sudah diparut dicampur bersama 3 jug air (dalam 6 L kot), maaflah kuantiti air xdapat kira, nanti balik kampung sy sukat air byk mana, sbb mak sy klu nak bt kelupis mmg hanya guna jug besar warisan turun temurun kat rumah tu.. 
kemudian ambik juga daun pandan, ikut suka hati anda guna byk mana hanya sebagai pewarna. sll dlm 6-10 helai cukuplah... 
hiris nipis2 masuk sekali dalam besen besar bersama kelapa2 tadi. 
sllnya lagi banyak daun pandan lagi sy suka...


langkah 2: blend semua kemudian tapis untuk dapatkan pure santan blend sekali jer..... dah tu masuk semua kat dalam kawah (lagi senang nak kacau)..




 langkah 3: kacau sampai pecah minyak seperti kat dalam picture kat atas tu, perlahankan api. lalu masukan beras pulut 5kg yang telah di basuh dan ditoskan.... time ni bolehlah letak garam ikut suka anda, sll mcm 3-4 sudu jg sy tgok mak sy letak... (rasa jgn xrasa).. sll ada juga yang letak gula, tp lebik baik jgn letak (utamakan kesihatan)
- tp xblh rasa sbb puasa.



langkah 4: kacau beras tersebut sampai masak, sll kacau mengacau nie suruh lelaki jak, sbb memang penat. kena cepat dan sentiasa di kacau, klu lambat takut banyak keraknya... bayangkan lah sy kacau ni bersendrian sambil sempat lg ambil2 gambar. makk oiii!!!!
 

langkah 5: dah siap lah nie.. sekarang disebabkan banyak sebaiknya anda letak separuh kat dlm flask nasi... sbb klu dah sejuk ssh nak bungkus... keras mcm batu.


langkah 6: arrr ni lah, kat sabah suka guna daun nie!!!...
org sabah panggil daun nyirik... pastikan dicuci dan dilap kering. 
daun ni kebaikannya kelupis akn tahan lama berbanding daun pisang. 
dan xmudah koyak. 
sll klu beli kat pasar siap kena potong cantik2....


langkah 7: bungkuslah seperti ini. ada yang suka buat besar, ada yang suka buat kecil. sebaiknya bungkus kecil2 klu daun nyirik banyak dan anda larat supaya nampak profesional. tp klu M buat jak besaq2 mcm org rumah sll buat, sbb cepat siap nak bungkus...hehehehe
cara bungkus nasi kat belakang daun.


 
langkah 8: susunlah kat pengukusan, kukus selama 1-2 jam mengikut besar api anda. klu nak tahu masak ker x, buka dan rasa, sbb sy pom xtau nak explain mcm mana nak tgok dia masak sbb sy pom x arif... klu anda rasa dah ada bau kira masaklah tu tp jgn masak terlalu lama, sbb nanti daun nyirik akan bertukar layu dan nampak buruk..

tip: jangan kukus semua, sebab lepas masak hanya mampu bertahan 1 hari jak. malainkan anda rajen nak panas2kan... sebaiknya lepas bungkus masukan separuh kat freezer boleh kukus bila2 anda nak.. raya ke-4 atau ke-5 ker...


sekian wasalam....










Tuesday 6 September 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2011

Belom terlambat nak ucap selamat hari raya.... RAYA YANG PALING BEST, SEMUA FAMILY DAPAT BERKUMPUL BERSAMA, tapi x seperti yang dirancang, dua ahli keluarga tidak dapat turut serta, adik saya terpaksa pulang awal untuk menjalani tugas, manakala abang saya lambat tiba kerana masalah family isterinya....


taktau nak cakap apa, nak cerita pasal masakan jer lah....

sepanjang puasa & raya sangat sibuk menjadi chef cook....
alhamdulilllah semua biskut dan kek berjaya dijual....

saya pun tidak sangka, raya tahun ni makanan yang saya masak,
alhamdulillah mendapat sambutan yang amat mengalakan,

so tahun depan dah tahu dah resipi apa yang nak di hidangkan,
boleh jadi trademark...

masakan untuk 100 orang punya makan,
nak share resipi, tapi kitab resipi tingal kat kg pulak........


raya pertama saya masak mee soto.. thank to my mom yg tolong sediakan bahan2 mensup.... and sempat juga mensup daging sebelom turun sembahyang raya.....


raya ke-dua masak mee kari jew.... (paling sedap-pujian ramai) buat sorang2, nasib adik saya tolong hiris cili and buka kulit telur, maklumlah tangan juga turut terhiris ketika menghiris daging...


raya ketiga- masak tomyam kaw... satu botol besar paste dia masuk dalam tong besar....
sampai kemalam tetamu makan, isi penuh satu tong...  

dan juga nasi tomato bersama teman baiknya ayam masak merah.... 
thank juga kepada anak buah saya pijot and shimot serta abang saya yang turut menyediakan bahan2.....


mujurlah raya ke-4 kenduri cukur rambut anak buah (ibad nabihan),
so sy hanya cuci2 sayur, daging dan ikan....
masak2 komfem lah kak long saya yg jadi ketua...

maklumlah diakan bos besaq kat rumah....

semua orang kena ikut ckp dia...
(aiman tak kisah).......


lastly,
thank to all friend and family yang datang kerumah..
and puji masakan sy... ini semua menyebabkan sy rasa teruja dan
semngat nak masak lagi tahun depan....


errrr ada gak ker orang nak baca blog aku, tak kisah lah yang penting saya
nak baca ucapan ni raya tahun depan....


agar sepanjang tahun nie hati sentiasa berbunga2.....


wsalam