Thursday, 23 June 2011

TOMYAM

Tiba-tiba terasa nak makan tomyam pulak hari nie,
walaupun tak pernah masak, terus jer p pasar beli bahan2..
tapi sempat text my friend bahan apa perlu beli nak bt tomyam nie?
beli pes tomyam jer... daun limau purut, bawang2 and serai.

maka bermula masak untuk merosakan diet kakak saya yang tidak mok makan nasi....

BAHAN A
400g     ayam
400g     air

BAHAN B
2biji     bawang merah
2biji     bawang putih
2cm     halia
7biji     cilipadi
3pcs   serai
1.5      cube pes tomyam (megi)/ pes thai tomyam
1pcs   bunga kantan (belah 4)

BAHAN C
1/3     bawang besar
1/4biji   bunga kobis
1/2 biji   lobak

BAHAN D
4biji   limau kasturi
2-3pcs  daun limau purut



method:

1. didihkan air dan masukan ayam sampai ayam kuar minyak...
2. masukan bahan B ikut urutan.... biar ada gap.
3. tutup sekejap, bagi perisa (garam/aji/gula)
4. masukan bahan C. tutup.
5.last baru letak bahan D.
6.HIDANG.....

Saturday, 18 June 2011

DAGING MASAK BLACK PAPER

DAGING MASAK BLACK PAPER

BAHAN A
3biji        bawang putih
2biji        bawang merah
2cm        halia

BAHAN B
½ tsp     sos tiram
sikit        lada hitam
½ kg       daging rebus (air guna balik)
½ cwn   air rebusan

BAHAN C
1cwn     air sagu (tepung ubi)

BAHAN D
1biji        lada bangla
1biji        bawang besar kuning

METHOD:
1.       Tumis bahan A
2.       Baru masuk bahan B. Tutup sekejap sampai sebati.
3.       Baru masuk bahan C
4.       Setelah hampir masak baru masuk bahan D.
5.       Hidangkan. Bolehlah dihias bersama apa2 decoration.

Ini diantara makanan kegemaran saya. Selain ayam masak serai and ayam masak kunyit. Mungkin saya tidak suka makanan yang berkuah sangat. Melainkan sup2 super. nanti nak share resipi sambal udang yang sedap. pernah makan tapi xingat sapa yang masak sambal udang yang sedap tu. NYUM~NYUM!!!!

NASI (TOMATO/AYAM/LEMAK/BURUNGPUYU)

NASI TOMATO


BAHAN A
80g         marjerin
24g         butter

BAHAN B
5pcs       bawang putih
3pcs       bawang merah
2cm        halia

BAHAN C
1pcs       bunga lawang
1pcs       buah pelaga
1pcs       kayu manis

BAHAN D
½ tin      tomato sup
⅓tin       tomato puri

BAHAN E
         beras
2pcs       pandan
5cwn     air (÷2)

BAHAN F
sikit        kismis
sikit        garam
sikit        aji



METHODE:

1.       Panas bahan A dengan api sederhana
2.       Masukan bahan B sampai naik bau
3.       Masukan bahan C
4.       Masukan bahan D, tomato puri hanya untuk coloring, so agak2 saja, kalau banyak nanti nasi lembik. Masukan separuh sukatan air dan biarkan mengelegak.
5.       Sementara itu, beras yang telah di cuci dimasak sekejap di dalam periuk bersama separuh air yang tingal.
6.       Apabila bahan tumisan mengelegak masukan kedalam periuk yang berisi beras.
7.       Bubuh bahan F mengikut citarasa.

ALTERNATIF,
1.       Beberapa tahun lepas saya pernah masak untuk hari raya, sebab kuantiti banyak lupa nak bajet besar periuk. So  agak lembik sikit. Kesilapan saya, terus masak kat periuk nasi elektrik so waktu nak masuk beras, xmuat periuk. sikit jer lah masuk beras.  Tapi time tu saya just  tukar bahan D dengan beberapa biji tomato. Klu untuk sukatan diatas maybe 2-3 biji memadai.  Blend saja dengan bahan tumisan macam ada letak lengkuas sikit.

2.       Jika tiada butter or marjerin guna saja minyak dalam 100g, agak2 lah mungkin dalam 8-10 sudu.

3.       Hidangkan bersama ayam masak merah.




NASI AYAM


BAHAN A
2 sduk   minyak+marjerin

BAHAN B
2pcs       pandan
2btg       serai
2biji        bawang merah
4biji        bawang putih
2cm        halia

BAHAN D
1 ½jug   air sup (dalam 500g)
1 ½jug   beras (dalam 500g)
½ tin      susu cair ( boleh ganti dengan santan dalam 200g)



Method:
1.       masuk bahan A dan bahan B sampai naik bau.
2.       masukan air sup (air rebusan ayam) sampai mengelegak
3.       masukan beras and susu cair.

SOS KICAP
kicap masin
kicap manis
minyak bijan
halia
masak di kuali


SOS CILI

cili merah besar
cili kering
perisa (gula / garam)
blend dan tumis, agak2 lah ikut cita rasa nak pedas mana.


Tak pernah buat, tapi pernah tengok orang buat. Sukatan pun saya agak-agak saja dari apa yang saya perhati. Rasa pun ok-ok saja.





NASI BURUNG PUYU
BAHAN A
1 sduk   minyak+marjerin

BAHAN B
2biji        bawang merah
3biji        bawang putih

bahan C
2btg       serai
2pcs       bunga lawang
2pcs       pelaga
1pcs       kayu manis
1sudu    bahan rahsia (rempah sup mama liza)

BAHAN D
1jug       beras (dalam 400g)

BAHAN E

 
½ tin      susu cair ( boleh ganti dengan santan dalam 200g)
200g       jagung peket
1 jug      air (dalam 400g)

Method:
1.       Tumis bahan B.
2.       Masukan bahan C sampai naik bau.
3.       Baru masuk beras tunggu sampai agak kering sedikit baru masuk bahan E.
4.       Tapi masuk jagung and susu cair dulu.
5.       Baru masuk air. Tutup dan biar sampai masak.

Selalu nya hidang dengan burung puyu atau ayam kampung yang digoreng.  Bersama kerabu kobis (rujuk previous post ~segala jenis penambah selera~ )+ sos cili+sos kicap.


NASI LEMAK


BAHAN-BAHAN

5 cwn    Beras
6 ½         Air
sikit        Garam
sikit        Gula
2pcs       Pandan
2biji        Bawang merah
2cm        Halia
2bgks    Santan packet

METHOD:

1.       Basuh beras
2.       Masukan semua bahan-bahan kedalam periuk
3.       Masak terus. Tapi kalau santan tidak larut dalam air, ambil air dari sukatan untuk melarutkan santan.
4.       Jika mengunakan santan cair makesure sukatan air betol. Macam masak nasi biasa.
5.       Ada juga orang suka letak bunga lawang and kayu manis. Tapi klu xletak pom ok jer.

Rasa taklah sedap sangat, mungkin xberapa lemak kot. Tapi nasi lemak ni tahan sampai malam, sebab guna santan packet. Klu guna santan kelapa fresh cepat basi.

SAMBAL CILI
BAHAN A
15biji     cili kering
1sudu    minyak

BAHAN B
sikit        udang kering
5biji        bawang merah
2cm        halia
1btg       serai
⅓ biji      bawang besar kuning

BAHAN C
2kpg      asam gelugor
sikit        gula
sikit        garam
sikit        aji
sikit        ikan bilis yang bergoreng

METHOD:

1.       Blend bahan A, Jika cili kering yang gred A, letak sikit minyak untuk mengurangkan pedas.
2.       Blend halus bahan B, kemudian tumis sampai naik bau.
3.       Masukan cili yang telah di blend tadi.
4.       Masukan bahan C. Biarkan sampai kering.


Hidangkanlah bersama telur rebus, ikan bilis, kacang tanah bersama timun. Tapi saya lebih suka makan nasi lemak bersama ayam masak merah. Sebab xtahan pedas.
Sometime ada yang letak belacan kat dalam sambal. Macam nasi lemak pak Ali di pasar malam besar bangi. Sedap jugak xpedas sangat.


Friday, 17 June 2011

sambal belacan tomato

sambal belacan ini hanya untuk mereka-mereka yang kurang gemar makan pedas dan rasa belacan yang sangat kuat.... macam saya lah.....




BAHAN A (BLEND)
2biji          tomoto
8biji          cili padi
4-5 bj       bawang merah
1/2           bawang besar kuning (1/3 klu yg besar sgt)
1cm          halia
1cm          belacan
5sudu       cuka/4-5biji limau kasturi


BAHAN B
2tsp          ajinamoto
3tsp          garam
2spoon      gula
3sudu        minyak




METHODE:


1. Blend semua bahan A dgn air sedikit saja...kecuali 1 biji tomato..


2. Setelah semua di blend halus, baru masuk satu biji lagi tomato tp blend sekejap sahaja biar ada ketul2 besar sikit.


3. panaskan minyak, masuk semua bahan, kemudian masak sampai kering.


4. klu nak lebih sedap, blh masuk sedikit udang kering dan mangga muda yang kuning2 sedikit.... masuk sedikit saja....

Wednesday, 15 June 2011

sup udang

SUP UDANG
BAHAN A
2btg     SERAI
2cm     HALIA
3bj       BAWANG MERAH
1bj        BAWANG PUTIH
5bj       CILI PADI

BAHAN B
200g    UDANG

BAHAN C
2bj                   MAGGA MUDA
4-5helai          DAUN SELASIH
3-4 btg            DAUN SUP

METHOD
1.       Didihkan air dan semua bahan A
2.      Masukan udang dan tutup periuk selama 10 minit sampai udang masak
3.      Masukan bahan C dan biarkan selama 2-3 minit
4.      Angkat dan hiding.
5.      Klu nak masuk sayur2 len pom blh jugak… jadi sup sayur udang

AYAM MASAK SERAI

AYAM MASAK SERAI
BAHAN A (blend)
6 biji             bawang merah
1 labu           bawang besar
4 ulas            bawang putih
5-7 tangkai    lada kering dibuang biji dan direbus/@sos cili+cilipadi
½ biji            tomato
2cm              halia
1btg             serai

BAHAN B
½ kg            AYAM potong kecil2+kunyit+garam
2keping         asam gelugor
6btg             serai dipotong kecil2 @ dilumat

BAHAN           C
Sedikit           garam/aji/gula


METHOD

1.    Ayam diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng separuh masak atau boleh rebus dengan sedikit air sampai empuk, kemudian angkat
2.    Tumis bahan yang diblend sampai naik bau
3.    Masukan ayam semula bersama asam dan serai
4.    Masukan bahan c, dan tunggu sampai agak kering. Boleh letak daun limau purut&bunga lawang klu nak.
5.    hidangkan

Thursday, 2 June 2011

surat cinta dr sahabat

resipi ini diperolehi ketika berada di lorong 20, taman tenaga...... thank to my friend yang bagi resipi nie, walaupun ringkas dan mudah bg kamu2 tapi, dari sinilah saya bermula cinta kepada dapur......

ada lagi 2 resipi, nasi goreng ala az dan nasi ayam ala az, tapi sayang tingal tu buku resipi  disana....  


AYAM MASAK KUNYIT ALA AZ (@DAGING)

BAHAN2
1biji        BAWANG MERAH
2biji        BAWANG PUTIH
agak2    AYAM@DAGING
agak2    BUNGA KUBIS
1biji        CARROT
1biji        BAWANG BESAR (KUNING)
5biji        CILI PADI
sikit        MINYAK
sikit        AIR

METHOD

1.       Potong dadu ayam gaul bersama garam dan kunyit secukupnya
2.       Bahan2 lain dipotong cantik2 ikut kreativiti. Share cerita sikit, Bab potong memotong kelemahan saya. Terutama carrot, bawang and cili. Tapi saya rasa semua sayur pun ssh kena ada contoh baru blh potong. Masih ingat lagi my x-hosmet gelak2kan  I xpandai potong sayur bendi.huhuhu . Abis cerita.
3.       Panaskan ayam bersama air sampai air kering dan ayam empuk, kemudian keluarkan dari kuali.
4.       Panaskan minyak dan tumis bawang merah and putih
5.       Masukan daging ayam dan goring bersama bawang2 itu sampai agak garing (jgn sampai hanggit sudah)
6.       Masuk semua sayur, bawang dan cili- gaul sampai sebati.
7.       Taburkan magi cukup rasa- jgn byk2 sgt-agk2 je
8.       Gaul lagi, tudung sekejap dalam 1 minit
9.       Siap!!!
10.   Note: jangan lupa tambah kasih sayang secukupnya.

Resipi yang pernah diberi kepada ku dalam bentuk surat, tapi xpernah pun berkesempatan nak masak sewaktu zaman2 mengenal dapur……..
Pernah dipraktikan sekali saja sewaktu berada di PJ, tapi xdak maggi secukup rasa. mmg sy suka ni masakan, coz satu kali jalan, sayur and protein masak sekali. cukuplah satu hidangan yg complete.




SUP SAYUR ALA AZ

BAHAN-BAHAN

2ULAS                   BAWANG MERAH (tumbuk)
2ULAS                   BAWANG PUTIH (tumbuk)
2BIJI                       CILI API (dibelah-belah)
2SUDU                  MINYAK (utk menumis)
1PEK                      SAYUR CAMPUR  (jgn lupa cuci)
IKUT SUKA          SOTONG/UDANG/FISHBALL (secukupnya)
1KETUL                 KIUB AYAM/LEMBU
400ml                    AIR

METHOD
1.       Panas minyak dalam kuali- api perlahan
2.       Tumis bawang – hingga kuning
3.       Masuk sotong-sotongan
4.       Kacau 30 saat
5.       Masuk air
6.       Masuk kiub
7.       Besarkan api supaya cepat mendidih
8.       Kacau supaya kiub hancur
9.       Masukan sayur dan cili
10.   Biar mendidih 2 minit
11.   Tutup api
bila I baca ni instruction terus I gelak2….. betapa teruknya saya dalam aspek memasak, sampai orang bagi ni resipi bagi instruction sebegini detail step.

SAMBAL KICAP + TOMATO ALA AZ
BAHAN-BAHAN

4biji                        CILI PADI
Ibijik                      TOMATO
I bijik                     BAWANG MERAH
Secukupnya       KICAP JALEN LEMAK MANIS

METHOD

1.       cili dipotong kecik2
2.       tomato potong dadu
3.       bawang potong nipis2
4.       kemudian masuk semua dalam mangkuk
5.       bila nak makan baru letak kicap jalen yang semestinya lemak manis.

for those yang nak cuba pastikan guna kicap jalen, klu bukan kicap jalen mmg xsedap.
saya sdh pernah guna kicap adabi and kipas udang, mmg lain betol rasanyer….
tapi for sabahan  setakat Jun 2011 belum ada lagi kicap Jalen di PASAR2RAYA sekitar negeri Sabah, so harap bersabar.

segala jenis penambah selera makan...(kerabu-kobis/apple/kuah asam/tomato)

KERABU APPLE

BAHAN2
1biji        APPLE MERAH
1biji        APPLE HIJAU
1biji        SUNKIST
⅓biji       CARROT
1biji        BWG MERAH
½ biji      CILI BESAR
1sudu    MADU
½ biji      LIMAU
sikit        GARAM

CARA2

1.       Baca bismillah terus p kedai
2.       Beli semua bahan
3.       Ambil pisau tajam dan potong semua cantik2 ikut suka, tp hiris nipis2 and kecil2 kira comman lah
4.       Gaul semua bahan
5.       Masuk kat peti
6.       Lepas 30 minit hiding kat pingan yang cantik




KERABU TOMATO

BAHAN2

2biji        TOMATO
1biji        BAWANG BESAR COLOR MERAH
2-5biji    CILI (BLEND)
1biji        CILI POTONG
sikit        GARAM/AJINAMOTO
sikit        GULA


CARA2

1.       Baca bismillah
2.       Sedia semua bahan
3.       Gaulkan semua
4.       Masuk peti
5.       Hidang selepas 30 minit
6.       Kalau dimalamkan lagi sedap. Tapi semalam saja.

AIR ASAM
Air asam selalunya disediakan bersama nasi daging. tapi bolehlah dibuat sebagai penambah selera makan.

BAHAN2
1BIJI       BAWANG BESAR COLOR MERAH
1BIJI       CILI HIJAU
1BIJI       CILI MERAH
1CM       BELACAN
SIKIT      GARAM/ AJINAMOTO
SIKIT      GULA
AGAK2  ASAM JAWA

METHOD
1.       Blend cili dan belacan
2.       potong bawang
3.       bancuh air asam jawa
4.       gaul semua ikut suka, kalau nak masam letak air asam banyak2
5.       kalau nak pedas boleh letak cili api,
6.       those for sabahan, cili maksud lada besar.



KERABU KOBIS
BAHAN-BAHAN
2-3 sudu               KACANG TANAH
⅓ biji                      KOBIS
1-2biji                    CILI
½ biji                      CARROT
1biji                        BAWANG MERAH (BESAR)
sikit                        CUKA
sikit                        GULA
sikit                        GARAM

method
1.       Kacang tanah goring dan blend
2.       Kobis ,cili, carrot, bawang potong kecil2
3.       Gaul bersama semua bahan
4.       30 minit masuk peti
5.       Hidang